Friday, October 30, 2009

Sesi menghabiskan duit




Tee...he..he...arinih ari Jumaat. Time rehat panjang ni, aku pun g la memanjangkan langkah ker tempat2 lagho. Apa lagiii...shopping ler. Pi peghabis duit kat toko-toko kain (Kamdar & Gulatis)-time tuh ada Happy Hour plak. Akhirnya aku telah gagal mengawal nafsu dengan merembat 3 pasang kain. Sebenarnya ada sepasang lagi...tp tuh dah present kat mak. Kalau dah pompuan tuuu...pompuan jugek kan. T kiter g shopping mende lain lak ek.






Tuesday, October 13, 2009

Open House Seksyen Pendaftaran
















Terima kasih keapda En Sa'ary & anak-anak buah kerana menjemput saya ke majlis rumah terbuka mereka. Hmm...sedap2 makanan nye. Kenyang saya makan. Siap ada cenderahati lagi. Tahun depan jemput la lagik yer.





Friday, October 2, 2009

Malang Tidak Berbau

2,3 hari kebelakangan ni family aku X abis2 ditimpa musibah. Lepas satu...satu...kes yg terjadi.

Memula adik ipar aku xcident Khamis minggu lepas (Rayer ke-5). Masa tuh dia konvoi reramai naik motor nk g rayer kt umah kawan kat Pasoh. Jauh gak tuh. Dari Seremban dia g ikut jalan kt Bukit Putus. Dia cuma luka kat kepala & patah tangan jer.

Pastu...hari Sabtu (rayer ke-7) mlm, tengah aku syok dok tgk tv, ada kes curi motor kat umah aku. Tapi yg ni X melibatkan aku ler. motor yg hampir2 dicuri tuh motor jiran. Pencuri X dpt ditangkap, tp motor selamat cuma rantainyer jer yg putus. Masing2 dok risau kalau2 kete kitorg pon nak kene ciluk.

Next, Rabu (rayer ke-11) lepas, umak mak mertua aku kene masuk pencuri. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 1-3 pagi (time sumer tgh membuta). Lokasi kejadian ialah bilik di tingkat bawah (pot aku anak beranak bila balik Seremban). Barang2 yg dicuri ialah jam tgn G-shock adik ipar aku, duit mak aku, duit rayer 2 org adik ipar aku. Anggaran kerugian sekitar RM300++. I/C mak aku pon dia kebas. Nasib baik X der kecederaan. Pencuri dikatakan masuk ikut tingkat bilik. Kitorang bajer, pencuri tu budak2 sebab tingkat bilik tu X lah besar sgt sampai leh lepas seorg dewasa. Budak tu mungkin diarahkan oleh org dewasa yg dok usha dari luar bilik. Sebabnyer mak aku kata..keadaan bilik X berselerak sgt (agak nyerr lerr kan)

Last sekali, mlm Jumaat (rayer ke-12). Kejadian menimpa ke atas ayah aku sendiri bertempat di sekitar LRT Jln Sultan Ismail. Masa kejadian lebih kurang dlm kol 10.30-11.30 mlm. Ayah aku yg keje kat restoran Jepun @ Maju Junction tu sedang dlm perjalanan pulang ke rumah (naik LRT kat stesen Jln Sultan Ismail). Mak aku citer pencuri tu keluarkan senjata tajam & acu kt belakang ayah aku & cekik ayah aku. Dia berjaya mencopet h/p Nokia N90 & duit dlm RM300++.

Sedih & ngeri tol bila dengar benda2 cam nih jadi kat family sendiri. Ya Allah...ko peliharalah keluargaku & insan2 yg aku sayang dari sebarang malapetaka. Jauhkan lah kami semua dari kejahatan manusia2 yg kejam ini. Ini jadi pengajaran gak kt aku supaya lebih berhati2 & sentiasa berwaspada.