Sunday, June 29, 2014

Thank you Debella Lecithin

 
 
Syok kan kalo join peraduan ni
 
Nak2 bakal menang hadiah yg we all suka mendapat
 
Ni kisah 16.6.2014
Dah kalo hadap FB mcm2 ler yg dok ada kan
Salah 1 nyer perduan2 gini ler
Yg dicipta oleh peniaga yg nk lariskan produk
Or bg tujuan marketing
Rasanya brand Debella ni bukan nya asing sgt kot
Zaman kiter muda belia di UiTM lg pon dah pernah jumpa
Cer teka cer teka bape biji botol Debella lam pic atas nun? 
 
Tu ha jawapan nya
Nasib kot sebab leh jwb seberapa byk yg mungkin
Kalo syaratnya jwp sekali jer
Memang x menang ler kan :p
Korang dapat tak cari 55 botol tu? Heeeee
 
 
Yippiiiiiiie!!!!!!
Opkos la happy kan
Bukan slalu dpt jadi org yang bertuah 
Maceh Debella Lecithin sbb sudi hadiahkan saya ngan produk mu
Dapat jadi penambah zat makanan sy di bulan Ramadan ini
 
 
 
Ni la habuan for the luckiest Me
Aloe Vera Drinking Gel 500ml
RM50.00 (S&S: RM57.50)
 
*******
 
"Ia adalah formula pekat yang menyamai perahan Aloe Vera asli. Ia mempunyai pelbagai khasiat tanpa kesan sampingan & merupakan penawar semulajadi yg sangat berkesan"
 
 

 

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadan Al-Mubarak 1435


Jadual Berbuka & Imsak bagi Kawasan KL & Putrajaya


Takwim Hijrah 1435
 
 
 
Ramadan is coming,
Syaitan is running,
Muslims are preparing,
Hell fire is closing,
Jannah is opening,
Salam Ramadan Al Mubarak.
 
*******
Marhaban Yaa Ramahan. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Billahittaufiq wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

 
 
 

Friday, June 27, 2014

APAKAH SEBENARNYA TERJADI KETIKA ANDA BERPUASA?

Assalamualaikum , Salam Sehjahtera dan Salam Ramadan yang bakal menjelang tiba.


Sempena Bulan Ramadan yang dijangka akan jatuh pada 29 Jun 2014 (Ahad ini), suka saya ingin menarik perhatian pembaca berkaitan dengan amalan berpuasa. Bulan Ramadan sebenarnya merupakan bulan kesihatan, walaupun pada zahirnya berpuasa ialah menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa tertentu. Sebenarnya, berpuasa merupakan cara paling berkesan menyucikan darah, organ dan semua tisu badan serta menolong mengelakkan kemerosotan badan secara pra-matang. Ketika berpuasa pada bulan Ramadan, kadar metabolik individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi.

2. Secara amnya, berpuasa digunakan dalam bidang perubatan untuk pengurusan berat badan dan menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan. Kesan fisiologi berpuasa dikatakan dapat menurunkan paras gula dan kolesterol darah, menurunkan tekanan sistolik darah dan memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan. Pada hakikatnya, puasa Ramadan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang sederhana dan stabil. Sebaliknya, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung koronari, batu karang, buah pinggang dan sebagainya dikecualikan daripada berpuasa. Mereka harus mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa.

3. Walau bagaimanapun, bagi di negara Malaysia secara khusunya sebaliknya berlaku. “Syurga Makanan”, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba bulan Ramadan. Bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan kaum lain di negara ini terutama dengan adanya bazar Ramadan. Selagi tidak penuh makanan di pinggan, seperti tidak lengkap menu berbuka puasa. Golongan wanita pula tidak perlu penat memasak. Semuanya seperti sudah tersedia dengan pelbagai juadah yang ada di bazar Ramadan. Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman boleh dibeli untuk hidangan keluarga. Ada yang bertanya, cukup tak makanan kita hari ni?. Ada pula yang berkata, tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk. Sekirannya amalan ini diteruskan maka sia-sia lah manfaat berpuasa yang sepatutnya memberi manfaat kesihatan yang optimum. Oleh itu, ambil kesempatan Ramadan kali ini dengan merancang menu bersahur dan berbuka untuk keluarga anda dengan seimbang. Bersederhanalah ketika membeli juadah di bazar Ramadan. Bersama-sama ini juga disertakan saranan diet ketika bersahur dan berbuka sebagai panduan kita bersama. 

Saranan Diet Ketika Berpuasa

1.Bersahur

Disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber .Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang mengandungi serat (juga dapat bertahan agak lama) adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.
 
Kurangkan Makanan yang cepat dihadam dapat bertahan 4 jam sahaja. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas). Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan. Justeru itu, kurangkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam atau masin kerana ini boleh mengakibatkan rasa dahaga pada siang hari.
 
2.Berbuka
Dinasihatkan untuk mulakan berbuka dengan kurma seperti yang disunatkan dalam agama dan seterusnya dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan, jus buah-buahan, sayur-sayuran diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala. Cara penyediaan juadah juga mestilah dengan cara masakan yang sihat seperti kurangkan minyak, lemak, gula dan garam dalam masakan.
Rancanglah menu berbuka dengan makanan seimbang. Minum air secukupnya secara dari waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur.

 
 

Wednesday, June 25, 2014

WW: My Lil Doctor

 
 

Tuesday, June 24, 2014

Salam Israk Mikraj dari A Famosa

 
 
Ni view dari unit Studiotel kami di A Famosa Resort pada cuti Israk Mikraj (27.5.2014-Selasa) yang lepas. Hmmm....yer story lama lagik. But this time x la lama sgt terperap. Sehari sebelum cuti sekolah pertengahan penggal bermula. Minggu tu ibu amik cuti rehat paling lama utk tahun ini-1 minggu uols. Sepanjang hayat bekerja kebiasaannya, cuti lelama ni time Raya jer. But once in a blue moon apa salah nya, yer dak? Kami dah berkampung dulu mula dari hujung minggu di TTJ, Seremban. Then petang Selasa baru gerak ke Melaka. Chek in kt A Famosa jam 4.00 ptg. Huh! Awat lambat nau En A Famosa? Checkout nyer kol 12 pm gak. Kali ni kami ke sini 4 beranak jer. Mmg nk ada sweet time 1 family sajo. Kali ni ibu book tru Groupon Gateaway. RM175.00 utk 2H1M tanpa makanan yer. Just the penginapan. Kami amik unit studio. Sampai hotel dh melewati jam 2.00 petang & since bilik dah ready kami dpt masuk awal.
 

 
 
Sampai2 jer anak2 bertuah 2 org ni dh kepoci ajak p swim. Adoiii la...mari kiter amik napas dulu dik. Memang dh kabar ke budak 2 org ni yg kiter ke sini nk mandi kolam taman tema. Ibu siap book juga pass masuk ke A Famosa Water World & Safari Wonderland (juga tru Groupon ==> RM103 utk 2 dewasa & 1 budak. Haha...Y 1 budak? Sebab nya, masa ibu book awal tahun & ibu bajet time tu adik petot je (bwh 90cm). Rupanya di hari kejadian dia terlebih suda! So, kene la top up 1 lg tiket walk in utk adik. Nasib ada diskaun bg yg bwk my kid. RM60 kalo x silap inc 1 set lunch. Tapi sudahnya kami x sepat amik the lunch set :(
Atas nun ayah ngah belek2 peta A Famosa checking the time table for Water World & Safari Wonderland. Tiket taman tema yg kami beli tu 1 pakej, so kiter kene redeem dua2 on the same day. We tot at 1st can redeem separately, so 1 day for Water World & the next day to Safari Wonderland. Laginya pulak, hari Selasa is closeday for Water Wolrd. So keputusan muktamad is both park kiter g esok jer la yer anak2. So today, we go tour the hotel & lepak2 dulu.
 
 
Ni acara wajib ibu
Hero sorang ni ngah adrenalin rush tu
Dia ndh all out nk explore the Team Park
 
 
Kakak yg dh 2 hari ponteng sekolah
X der rasa bersalah langsung 2 beranak ni :p
Kwn2 lain esk baru berjimba2, dia dh sampai Melaka
Ni pon excited kemain sbb dpt dok hotel kan
Bukan slalu dpt peluang gini
School break treats for kakak yer
 
 
So this is the pantry la kwn2
Ada kettle & freezer kecik
Siap ada mineral 3 botol
Nampak tak pintu belah kiri pantry?
Tu ada 1 bilik kosong
Nothing inside
MayB leh letak barang2 or nk tido pon ok sajor
Pintu belah kanan tu ada sinki & the veranda la
Sini x der dapor nk masak2 yer
 
 
Wah3....lom pape dorang dh cop katil memasng plak yer
Abis tu ibu ayah dh tido mana????
No..no..no...adik share katil ngan kakak
Ibu share ngan ayah. Ngeh3 :p
Malam tido kemain cepat lagi memasing
Pastuh lena diulit intan
Mana taknya, bilik ada akon kannnn
 
 
Alhamdulillah, biliknya amat selesa utk kami berempat
Berbaloi la dgn $$$ yg dilaburkan
Normal rate for studiotel ni RM400++
Jadi rerajin la intai kt Groupon yer
 
 
Dak jakun 2 org x pernah nmpk bath tub :p
Tu ngah riuh ler tu nk berkubang lam tab
 
 
Haaa...nmpk jer tb nyer gini
Ada Astro kamu tahu!
Gambar pon x herot berot
Clear jer cam flat skrin tv gak
Dapatla adik kakak layan katon
 
 
Ni wardrobe nyer siap ngan safety box
Atas tu ada extra pillow
 
 
Kami dpt unit hotel di Tower 1. Sumer skali ada 3 tower studiotel & ada 2 blok apartment. Apartment tu ada 3 bilik. Next visit nk try dok apartmenet dia lak. Leh angkut mom & MIL sama. Hotel nyer ada cafe gak. Menu yg depa dok canang is steamboat - RM25. Kami x layan sgt steamboat. Menu2 lain kami x tinjau pon. Service room pon ada kalo nk oder makan, tapi harganya membunuh la kat kami. Average for service room nyer charge is RM22.00 ++. Ada western & Malay cuisine. Mmg tak ler kami order kan. Jadinya mlm tu for dinner kami p kuar A Famosa. Mkn kt warung tepi jalan yg dok ada rumah2 kampung dlm Melaka tu. Not bad. Sedap gak. Siap kami tapau sebungkus nasi & daging masak merah balik hotel. Kakak & adik pon laju jer makan mihun sup. X teringat plak nk amik gambar & nama kedai pon x ingt. But insyaAllah, if lalu lagi leh cam ler. Cumanya kedai tu byk sgt ulat lampu. Gangu sket nk makan sbb anak2 asik menceceh soh halau ulat2 tu.
 
 
Balik dari dinner ayah stop kt pintu masok
Ayah baik hati kasi can ibu & anak2 wat acara wajib
 
 
Yeayyyyyy!!! One happy boy
Ni 2nd day nyer story
Kami tros check out hotel seawal jam 9.00 pagi
Then dapatla  balik full deposit RM200.00 kami
Lupa lak nk inform, masa check in ritu kene wat deposit dulu
 
 
Ni time baru masuk & baru je sampai
Sesampai je dh ada Mr Jumbo dok sambut kedtgan
2 org tu ada hati nk cuit2 sang gajah tapi takuuuuttttt
Leh ride ngan Si Gajah ni - RM10 @ RM6 (x sure)
Tunggangan yg lain ada camel & poney jugak
Dlm kol 11.15 ada Animal Show (Gajah)
Dapat ler nengok gajah ni berinteraksi ngan trainer & visitors
Oso can feed the gajah with sugarcane
Tebu tu kene lah beli (RM5) tepi kandang
 
 
To kill time while waiting for Animal Show & safari ride
 
 
Ready awaiting truck for Safari tour
Kakak muncung sebab dia insist nk g mandi water park dulu
Tapi kami disuruh ke Safari Wonderland dulu
 
 
Me & my gurl
Baju kakak dh berlapis2
Sbb dalamnya dah dok siap sarung swimming suit
Bajet dpt mandi dulu, ngan tudung2 ilang
 

 
Energy adik x berkurang dok dlm nih
Ada jer akal & kelaku dia
 
Kt Safari Wonderland ni ada 2 bahagian
Part 1: Safari area (tpt ni kene g naik truck yer)
Masa dlm tu dpt la tgk binatang2 di habitat semulajadinya
Maksudnya all the animal x la berkurung bagai mcm dlm zoo
 
*****
Part 2: Kawasan binatang yg berkandang/berkurung
Macam gambar kt atas nun - The Poney
So kiter leh la g dekat2 & belai2 haiwan2 tu
Kalo kat safari nun x sampai plak nk sentuh
 
 
Haaa...mcm dlm pic ni. Ini dlm truck safari la
Masa ni sampai kat tpt beruang
If bernasib baik binatang tu yg akan approach kiter kt truck
Tapi hari tu, haiwan2 tu cam dh bosang jer ngan kunjungan manusia
Nampak sgt mcm kedatangan kami x diundang. Huhu T_T
Even kami ke tpt harimau pon Pak Belang tu cam nk lalu/selera
Dia menjauh plak bila truck sampai
Cuma singa yg nmpk agressive nk meloncat ke truck
Itu sebab singa tu kene dok dlm kepongan kot
 
 
 
OK, ni waktu kami dh kuar dari Safari & ready for fun splashing. Makanan kt sini mmg mahal la. Lom lagi bab souvenir. Slalu ada gak rembat the FM kan. Tapi kt sini x pandang pon FM nyer (sebenarnya dh x der tpt nk tepek FM-freezer dh sarat). Datang pepagi hari kat sini kami x sempat breakfast & sudahnya g lunch kt KFC Rembau yg baru bukak tu. Mmg mkn tahap lapar kebulur ler kan. Erk! Dah selamat hantar anak bini balik TTJ, ayah nyer terus sajer balik ke Cheras semula. Yelah...ayah x sambung cuti cam ibu. Yehuuuu.....ibu leh wat lek wat pis (>.<)
 
 
 
Muka budak happy dh dpt mandi kolam. Puas la depa terjun, tenggelam, timbul bagai dlm  kolam yg ada. Kt Waterpark ni ibu tukang layan anak2. Ayah dh serender naik dulu - Huh! X aci sgt. Kalo ikut ketinggian kakak dh lepas main mcm2 slide yg ada. Tapi kakak ni x kuat, cembeng lebih. Adik yg x lepas ketinggian plak yg beriya2 nk naik. Haishhh...tu yg buat ayah letih nk layan tu. Kat sini utk kanak2 ada 2 waterpark for dorang. Yg dewasa ada bnyk gak slide yg leh cuba. Berani ngan tak jer la kan. Dah 3 team park kami pergi termasuk yg ini (Bukit Merah Lake Town & I-City Water Park B4 this), sumer ibu x dpt nk rasa the slide yg bersimpang siur tu. Ibu leh tengok jer :( Overall cuti2 di A Famosa ni seronok la. Seronok bila tgk anak2 happy. Anak2 dpt ekpresikan diri masing2. Dapat tgk persekitaran yg lain dr persekitaran biasa di rumah. Dpt tgk hidupan lain selain manusia ciptaan Allah. Dapat belajar tentang alam. Dapat bonding wif mak ayah more than usual. Dapat kuatkan ikatan sesama siblings. Love each other more & more. Ehhh...byk lah lagi benefitnya when we hangout camnih kan. Okay...we're looking forward for next...next...next...trip to come.
 
 

Friday, June 20, 2014

Sukaneka Tadika Islam MAIWP 2014

 
Tarikh: 19.4.2014
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 am - 12.00 pm
Tempat: Sek. Men Putrajaya (lupa Presinct berapa)
Acara: Sukaneka Tadika Islam MAIWP, 2014
 
 
Meriah suasana di tempat kejadian bila Upin & Ipin keluar. Meloncat2 budak2 tadika nk p salam2man ngan Upin Ipin. Time ni Sara ngah stand by dalam khemah sementara nama dipanggil untuk beraksi tenagh apdang jap g. Hari tu Si Ayah x der sbb kene attend ESQ kt SACC, Shah Alam. Aduiii la hai, bersiap sedialah Si Ibu nk berkejar-kejaran plak ngan 2 anaknya. Seb baik yg sorang tu cikgu kuarantin lam khemas. Tggl la sorang lg yg lepas bebas. Waaa....ada plak Upin Ipin. Masak la ibu tetengah padang hoi! Time amik pic kt atas nun, dorang ngah pasang lagu "Terima Kasih, Cikgu" by Upin Ipin. Best plak layan lagu tu time2 cenggini. Tingat ibu zaman sekolah2 dulu. Nk menitik ayor mata igt kt cikgu-cikgi ibu dulu. Huhu T_T
 

 
Uwan & adik jer la peneman ibu
Maceh uwan sbb ngekor ibu
Boring gak kan sensorang
Dapatlah gilir2 tgk kan Aqil time2 ibu nk ke tandas
Adikkkkkkkk!!!!!!!!
Adik memang slalu bikin "failed" ibunye gambor
Salalu sorok muka tau
 
 
Hahahaaaa...dah kenapa kakak? Suker ler tew yer. Walau pun 2 tahun kt Tadika ni, tapi ni 1st time dia join sukaneka tahunan sekolah. Tahun lepas x dapat join & sebabnya DI SINI. Tahun ni seragam sukan kaler biru turqoise. Kalo nmpk lam gambar ni ada bdk2 pakai lain2 kaler, haaa tu sebabnya depa from lain2 Zon yer. All of them are from Tadika Islam under Majlis Agama Islam WP ("MAIWP). WPKL ni kan besar, ada mcm2 zon kan. Like Sara from Zon Bandar Tun Razak. Yg dari Bandar Tun Razak plak bkn 1, 2 sekolah. Zon Bandar Tun Razak plak ada 3 cawangan tadika kalo x silap. So, pengelola nk beza2kan murid2 ni ler. Senang kot nk recognize the scholl yer dak & colourfull somemore! All kids wajib join 1 acara. But if terpilih dptlah join acara perbariasan/perarakan sama. Sara cuma amik acara wajib jer. Dia masuk acara "Larian Obor". Hari tu, ibu kesianlah sesangat tgk anak2 ibu sumer ni. Berpanas depa2 ni tengah padang tau. Tentative tulis mula seawal 7.30 pg. Tapi 7.30 tu masih dok kelam kabut kat sekolah lagi. Atas nun dh tulis kan tempat is at Putrajaya. Haaaa...amik kau. Dekat kol 9 pg kot baru hegeh2 nk berucap bagai. Ayooooo la hai ustazah2, tahun depan bikin awal sket ek. Kalo dah ayah bondapon X nemahan kepanasan, apa lagi ler anak2. Sara sampai pucat lesi muka dia dok tengah panas. Being a mom, x smpi hati tgk anak den tu. P la ibu ni ha ngamik bekal air sdri kasi anak minum berteguk2 sampai puas.

 
 
She still put on smile this time, but a while after she like wants to collapse oredy. Ni ngah standby la her turn for Larian Obor. Lama gak standby nyer tau. Tgk tudung pon tau dh kot! Comot suda. Tersembul2 jambul mak jemah segala. Padahal dlm ada jer anak tudung. Topi pon siap ada cikgu bagi skali ngan uniform. Tapi ntah kemana letaknya. Tau je la budak kan. Mak pak jaga x sama mcm cikgu jg! Ada video larian obor sara. X sempat lak nk up frame kt sini. Sok2 lah ibu letak. Larian obor ni kekdahnya cam bwk kon (obor la kunun kan) yg atas nya kene letak bola. Bwk la  sambil jln tanpa membenarkan bola td jatuh. Haha..memang mcm2 ragam & kelaku la kan bdk2 ni buat. Yg lelakinya asik laaaaa nk menjatuhkan bola. Yg pompuan la dok molek ngan bola2 tu. Yg penting anak ibu bwk bola x jatuh langsung!!! Very the smooth kakak. Biar la pon team kakak x menang but I know u did THE BEST dear.
 
 
Ni muka keletihan lepas acara. Slagi kengkawan X abis part depa, X leh masuk khemah. Sian kakak :( Masa ni pon ibu cecepat bwk botol air bagi dia minum lagik. Dah dok dalam khemah baru lah dpt makan katanya. Cikgu bagi nasi lemak. Kakak ckp dia mkn 2 bungkus nasi lemak sbb lapar. Ohhh....I can feel u kakak. Huhu
 
 
Ni kawan baik Sara kt sekolah. Nama dia Fiona. Yg dok sengeh sebelah Upin Ipin tu mama Fiona. Mak & anak bff. Ibu & mama pon bff. Hiks :p HERE is our story. Memandangkan En Somi x der that day, kami berempat tumpang la Fiona & the family. Nenek Fiona pon ader sama tau. The 3 Generation reunite. Alhamdulillah lah kan, nenek Fiona bwk bekalan & dpt kami mkn sekali. Kalo X, terpaksa la beratur paaaanjaaaaanggg giler nk mendapatkan makanan. Dh buat event kat sekolah, jadinya sumber makanan mestilah dari kantin sekolah kan. Kantin sekolah besar manalah sangat. Jenis makanan yg berjualan pon ntah pape jer. Nk harap kan individual booth pon kelaut jer. We having mihun goreng with teh 'o'. Tq nenek Fiona & Mama Fiona for the F&B. Way too good to be resist!
 
 
We end the N3 with ibu posing2 with uwan
The pic taken by none other...Lil Aqil :)
 
*****
 
<< HaPPy WeeKeNd >>
 
 
 

Monday, June 16, 2014

Floria Putrajaya

 
Cantik senja di Putrajaya ni kannnnn. Tenang jerrr. Ni petang 29.6.2013. Minggu tu ada acara Pesta Floria Putrajaya 2013. Dolin saya bawa kami anak-beranak ke sana. Katanya sian budak2 sebab jerebu x kuar jalan2. Alih2...sini la hala tuju kami.
 
Sementara menunggu matahari terbenam kiter posing2 sini dulu
Lepas ni kiter ketapak Floria Putajaya 2013 yer
 
 
 
Acara wajib
Naik kapal
 
 
Depan Masjid Putrajaya
Terang benderang dgn cahaya lampu
Masa ni pon masih ramai org dgn xtvt masing2
Mcm2 jualan ada di sini
Byk yg dijual utk attract anak2 ler 
 
 
Jualan utk mak bapak yg ini ler
Memacam tumbuhan ada
sapa suke berkebun @ ada kebun seswai sgt la kan 
 
 
Ntah bilanya adik nk tayang muka bila bergambar
Selalu cam tu tau
Asal ibu soh posing, mula la dia sembunyi muka
Kakak jer la yg sudi layan ibu kan. Huhu T_T 
 
 
OK...tentiu adikkkk
Kan molek gini
Cair ibu dibuatnya :) 
 
 
Sambil2 tunggu kapal berhias lalu
Kiter snap2 lagi
Adik tu ngah membelek otomen dia la tu
 
 
Turn ibu la plak kan enterframe 
 
 
Team JDT nyer kapal berhias 
 
 
Tentiu ayah bawak kami jalan2 kt Floria Putrajaya
Tahun depan kiter dtg lagi tau!
 
 
X pernah puas ngan otomen
Ni ler jualan di tengah2 bulatan Masjid Putrajaya tadi
Ayah ler yg x pernah miss nk belikan
Ibu x koser ler dik
Baik ibu belikan adik buku ker, kain baju ker
  
 
Sini ada Petting Zoo
Sumer haiwan yg boleh dipelihara ada sini
Arnab, kucing, ayam, burung
Dok la dlm tu main kejar2 ngan arnab yer anak2
Ibu ayah dok tepi jer la
Sian arnab2 kt situ dikejekan dik Aqil
Dia tarik telinga la, nk dukung la
Si kakak penakut sket
Dia plak yg meloncat bila arnab berlari :p
 
 
"Ibu...adik nk bwk arnab ni balik boleh?"
"Kiter tukarlah, adik yg dok sini ngan arnab...nak?"
Ngeh3 (>_<) 
 
 
More kapal berhias
Can't remember from which team 
 
 
OK. Thats all for this year
Hope will be more fun next year
 
***************
Tu story tahun lepas yer. Now ni dh mula kan Floria Putrajaya 2014 Sabtu lepas. Tapi sedihnya kami x p pon. Huarghhhhh T_T Atas sebab2 yg x dpt dielakkan. Tahun ni pon dh stat berbayar kalo nk masuk acara pameran bunga2an tu kan. RM3/person (dewasa). For kanak2 free entrance if below 7 YO. IF 7 YO & above RM1/kid. Kalo ada rezki nk p gak ler this weekend. Jom ayah!