web widgets
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label Sampaikan/amalkan. Show all posts
Showing posts with label Sampaikan/amalkan. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Salam semua. Hari ni kiter cuti lagi sempena Maulidur Rasul. Hari kebesaran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Acara di kebanyakkan tempat arini ialah perarakan Maulud Nabi. Opis ku pon ada berarak sama. Yang lelaki siap diberikan sepersalinan baju melayu ngan songkok. Selamat berarak la yer kawan2. Blok umah mak aku pon ada wat perarakan juga. Rasanya mak pon join same. Dalam kiter berpanas mengusung sepanduk ngan mulut melaungkan selawat, jgn kiter lupa erti sebenar kelahiran Rasulullah. Ingatan buat diri sendiri & juga kiter semua, semoga peribadi mulia Rasulullah kiter ikuti & teladani. Jadikan Baginda sbg cermin diri kiter agar kiter sentiasa beroleh kebaikan di dunia & akhirat sana. 


~ Salam Maulidur Rasul ~






Monday, January 17, 2011

Hujan


Skunk ni ngah musim tengkujuh. Kebelakangan ni asik ujan jer. Asal ptg ujan, asal ujan petang. Budak2 pon baru je baik dari demam ni. Siap ngan batok & sesema lagik. Tp yer lah...bukan la nk menyalahkan takdir Illahi. Ujan tuh rahmat & rezeki gak kan. Cuma perjalanan harian jadi terbantot sket, aku & hubby pon bergantong pada cuaca yg baik tok g & balik keje...maklumlah kami ni merempit. Olmos tiap ptg tym amik budak2 kat umah wan dowang, mesti ujan. Kalau x lebat...renyai2. Sabtu lepas me & anak2 p jumpa doc kat Klinik Anis SA. Ibu & anak2 x sihat, ayah jer yg imune. Memasing bawak balik sepastik ubat. Pehtu p singgah JJ Maluri jap. Cam biasa la...kalau singgah2 ni ada jer la yg dibelinya. Antaranya raincoat ni haa...


Senang sket...simpan je lam kete. 
Papehal x lah kuyup. 
Ada 1 g raincoat tok ibu & ayah (sharing is caring). 
Yg tu jenis men sarong jer. 
Pesennya ala2 baju kelawar yg ada hud.


* pic sumber dr google*

Senang sket kalo kene dukung Aqil pon aku leh kepit dia lam raincoat tu gak. 
X yah dh nk pegang2 payung. 
Guna payung pon lencun gak. 

*** *** ***

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, 
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?


Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? 

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan
!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
 "Allahumma syaiyiban nafi'a"
 (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Antara kebaikan ujan
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan


Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Jadikan iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
 

Jadi pas ni bila hujan jangan ler bersungut yer kawan2. Mari kiter berdoa banyak2... 

* sumber n3 ni dari emel yg kawan opis bagi *



Sunday, January 16, 2011

Bila saya menangis


Salam hujung minggu. Pagi ni BW kat page yg HANGAT. Rasanya penah dapat emel pasal n3 ni & am sure kowang pon penah dpt & baca artikel nih. Jadi saya pinjam jap nk tepek kt page saye yg x seberapa ini. Perkara yg baik apa salahnya kiter ulang2kan, wat peringatan tok diri saya yg hina dan alpa & tok kowang2 juga. Hmmm....no doubt saya mmg penah menangis. Tangisan pada saya merupakan 1 relief yg nampak mudah tp sgt sukar utk diluahkan. Lepas menangis saya akan rasa sangat2 lega esp bila ada yg pujuk. Hehe...must b by my lovely hubby. Saya sgt mudah menangis jika sesuatu perkara yg sy lihat or dengar itu ada kaitan dengan keluarga or pasal kanak2. Tp n3 ni more to tangisan is3 cam saya...This n3 specially dedicated to my hubby & to all husbands in this world...
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah dia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.




Wednesday, December 1, 2010

Telur Puyuh

Salam & hai3.



Korang penah makan telur puyuh? Aku penah gak makan telur yg comel2 nih. Rupa2nya byk tol khasiat telur ni yer. Cumel2 tapi power gitu. Jom kiter study pasal telur puyuh nih.


Kandungan: 

  • 3-4 X ganda nilai nutrisi dr telor ayam
  • tinggi protein & vitamin (13% protein & 140% Vitamin B1
  • 5X ganda zat besi & potasium berbanding telor ayam
  • kandunganan proteinnya boleh cegah simptom2 alahan & resdung
  • proteinnya yg tinggi & rendah lemak berbanding daging ayam

Manfaat Kesihatan:
  • ubati gangguan penghadaman (i.e: gastritir, ulser perut & ulser duodenal)
  • sembuhkan anemia, buang toksin & logam berat dari darah
  • merawat TB, asma bronkial, kencing manis, distonia vaskular vegetatif
  • anti kanser yg kuat & bantu singkirkan pertumbuhan kanser
  • singkir & buang batu karang dari hati, buah pinggang & pundi hempedu
  • kuatkan otot jantung
  • baik untuk kesihatan lelaki
  • meningkatkan daya ingatan & melancarkan sistem saraf
  • kuatkan sistem imun & melambatkan penuaan
  • memperbaiki warna kulit &am menguatkan rambut
  • meningkatkan metabolisme

Cara terbaik memakan telur puyuh:
  • amalkan makan 3-5 biji setiap pagi

Tahukah anda?

  1. Direkodkan bahawa Maharaja Jepun rasa lega dari penyakit TB selepas makan daging puyuh. Ini membawa kepada pengeluaran daging & telur puyuh di Jepun. Telur puyuh pun jadi popular & dianggap sebagai ubat semulajadi.
  2. Kanak2 yg makan telur puyuh didapati kurang dijangkiti penyakit berjangkit.
So...kagum ngan kehebatan telur puyuh nih. Info ni aku amik dari majalah ANIS keluaran Disember 2010. Jom kiter variasikan menu harian ngan telur puyuh ni yer.


~ Sampaikan & amalkan ~


Tuesday, November 30, 2010

Calon Isteri



Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan, 

kerana sesungguhnya mereka itu lemah-lembut kata2nya,

boleh melahirkan anak yang banyak,

kurang tipu dayanya,

dan sentiasa cukup dengan yang sedikit"

(Riwayat Ibnu Majah & al-Baihaqi)