web widgets
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label My Menu. Show all posts
Showing posts with label My Menu. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

POPIA NESTUM RANGUP

 
 
Alhamdulillah dah 11 hari dah kiter posa kan. Setakat ni posa sy penuh tidak berkurang lagi. Ngeh3 :p Sana sini dah sibuk org mencari juadah raya a.k.a kuih raya kan. Sedari sebelum puasa lagi org dah start canang2 kan kuih raya. Buat masa ni kiter sendiri belum memborong sebarang jenis kuih raya. Setakat usha2 luar kedai tu ader lah. Tahun ni ingt nk cipta sejarah peribadi. Hehe, apa kata kiter buat ler 1, 2 macam kuih raya yg simple2 tu kan? Sambil2 buat dapat gak tapau2 kan tok mak & MIL. Akhirnya, hari minggu sudah tersiaplah biksut popia nestum kesukaan saya & adik2. Senang upenya nk membuatnya. Bahan2 pon sihat lagi berkhasiat. Kalo beli sebalang kecik tu je org dok jual RM18.00.  Kalo buat sediri ngan RM18.00 tu dapat berbalang2 pulak. Yukkk...ke dapor kiter!
 
 
Bahan-Bahan:
1. Kulit popia yg besar
2. Sebungkus Nestum *
3. Horlick 3 in 1 (nak pakai sepeket jer) *
4. Susu tepung *
5. Gula *
6. Minyak utk menggoreng

 
Ni rupa bahan2 yg bertanda (* )yg dah diblender halus
1 cawan nestum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung

 
Kulit popia tu digulungkan
Katana gulungan tu jgnla rapat sgt
Hujung gulungan tu sy sapu ngan air je
Nak bagi kulit popia tu melekat x terbukak
Ada gak yg advice campurkan tepung gandum ngan air sket
Then buat sapu sbg gam
Then guntingla serong2 pastu leh gorang
Make sure kuali & minyak betol2 panas yer

 
Ini hasil nya selepas digoreng
Tiskan minyak nya yer
Udah tu leh la lumurkan lam adunan kisar tadi
Gaul kasi rata & sebati
 
 
Alhamdulillah siap suda
Rangup!!! Lemak berkrim!!! Sodappp
Dpt la mak kiter rasa sebekas
Tahun ni kiter kene kerah wat kuih raya la nmpknya :p
 
 
 

Friday, July 4, 2014

Bubur Lambok

Mementang mood ngah rajin masak kan. Kiter nk up post pasal masakan lagi. Ni citer kemarin. Menu ni pon mmg dlm wishlist time bulan Ramadan ni ha. Tapi kalo tahun2 sebelum ni slalu dpt jamah time hujung minggu jer. Itu pon kat umah mak jer la. Sebab nya blok mak tu mmg ada bubur lambok setiap hujung minggu Ramadan yg diedarkan secara percuma. Now ni kat param pon byk dh jual bubur lambok ni. Mcm2 versi ada. Jadi kali ni apa kata kiter try menu bubur lambok simple cara sy. Sebagai pemimat tegar bubur mmg akan menjadi hajat hati la kan nk makan dlm kuantiti yg byk. Jom kiter tgk bhn2nya.


Mestila ada beras kan :p
Sukatan ikot ler bapa yg korang nk tanak
smlm sy tanak sepot setengah
tu pon hampir penoh periuk hasilnya


Yg ni bhn kisar bwg besar 1 biji,
 bwg putih 2 biji & 
halia besar ibu jari korang
 
 
Ini isi ayam sama serai
Nak ganti ngan daging or makanan laut pon x ngapa
 

Sy pakai dlm setengah kiub je


Resipi rujukan sy pakai halba
jd bubuh ler jugak kan dlm sesudu

 
 
Ada resipi pakai sup bunjut
ada yg kene letak segala rempah ratus manually
sy guna ni jer yer
segala rempah tu dh combocombined skali
Senang jer...bancuh ngan air utk jd kan pes
mesti ada gak santan yer
en google ckp brand ni yg most wanted
so kiter pakai la dalam sekotak tu
 

Memula tumiskan la bhn kisar td sampai naik bau. Then letak masukkan rempah sup plak. Next letak serai. Pastuh masuk plak ayam yg dh cincang2. Nk letak daging pon ok. Ada resipi masukkan sama udang kertass. Hmmm....harap maklum. Makanan laut diharamkan lam umah ni. Kalo ada udang tu yg kasi manis2 sket lam bubur kan. X der udang kertas...udang kering pon accepted! Dah tu masukkan beras yg dh siap basuh tu yer. Sukat la air semoleknya. Bila nasi dh jd bubur masukkan santan td. Then masukkan plal sayuran campuran. Sy pakai yg ready made tu yg ada jagung, karot sama kacang pis. Korang rajin nk potong2 wat sdri lagi bagus!


Ok. Done! My most wanted bubut lambok for buka puasa
selamat melambok :p
have a try peoples


Hari Mantai Kami



Banyak jam lagi ni sementara waktu buku. Huhu....poser ke idak??? Patut citer ni dlu kan. Yelah...mantai ni org buat sebelum masuk Ramadan kan. X der apa nk borak kt sini jadi meh kiter throwback2 jap yer. Sangat bagus Ramadan tahun ni jatuh hari minggu. Jadinya dptlah warga kota pulang ke desa berhari raya. Ehh..ehh...berpuasa bersama keluarga kan. Especially ngan mak pak kt kampong kannnn. Sama lah ngan kami2 ni ha. Sumer amik peluang pakat2 blk Seremban. Then lajak plak ke kampong nun di Rembau to be exact Kg Selemak. Mak Lang kami jempot gotong royong bakar lemang & wat rendang sempena nk masok Ramadan a.k.a MANTAI. Tempat korang paggil apa ek? 
 
 
Huaiiiii...sodap amek2 kan dpt mkn lemang panas2 tu yer. Makan plak ngan sepupu sepapat yg jarang2 dpt jumpa. Skali skala berkumpul camni mmg la seronok. Memang membuka selera. Buluh, daun pisang & ayam is sdn bhd ok. Org kg kan. Segala serbi ada jer keliling umah. Mak Lang kami pon mmg bela ayam kampong sama. Kelapa santan bagai pon sendiri2. Beras pulut ngan bhn tumisan lain2 jer la memborong di kedai. Itu hebatnya jd org kg. Hasil bumi x luak depan mata. Org panggil gotong royongkan...tapi aku berempat slalu ngelat. Kami asal dtg je tggl makan. Part2 masak bakar sumer mak2 & uwan2 yg handle. Haiiii la...manyak malas kan ini olang! Tebalkan muka jer la
:-p 
 
Jodohnya lemang dh tentulah rendangkan. Hari tu ada rendang ayam sama rendang daging. Tp lam pic ni rendang ayam kampong. Uishhhh...posa2 ni tgk rendang tu sabar je la yer. Makan ramai2 sambil lepak2 santai2 mmg terangkat uols. Mmg hari tu makan x pandang kiri kanan. Org kata mkn smpai puas! Alhamdulillah.
 
 
Yg lagi best kebabom tu ada plak sepupu den belanja durian kampong. Walaweii....terbaik! Siap ada durian tembaga. Haha...toksah tnya la apa beza durian tembaga ngan durian lain2 tu. Mmg den x tau pon. Al kisahnya...akak sedara yg telah mendapat APC jd dorang ni mmg murah hati slalu belanja kaum kerabat bab2 mkn2 ni. Maceh la Kak Leli ku atas bauk budimu. Moga tahun2 dpn dpt APC lg yer kak. Moga murah rezeki akk sekeluarga. Si adik belanja durian. Kakaknya plak dok tapaukan kami sorang 1 family ngan sebekas besar baulu sedap. Ya Allah....rezeki2. Kau murahkan lagi rezki hamba2 Mu yg slalu beramal baik Ya Allah. Sungguh2 memasing makan durian wlu pon cuaca ngah panas membahang kan. Lantakkannnn.
 
 
Haha...hero2 ngah sodap menyuap tu ha!
Sampai x perasan aksi mereka di rakam.
Dr yg bujang ke bapak org. 
 
 
Lagi aksi org kampong menjamu selera. 

 
Ok. Watamat. Akhir kalam moga setiap apa yg kiter kerjakan di bulan Ramadan mulia ini akan mendapat keberkatan dari Illahi. Selamat berbuka semua.

Thursday, July 3, 2014

Baked macaroni cheese



Alhamdulillah dah 5 hari kiter posa kan. Bln2 posa ni memasing asik dok pk menu buka & sahur je la yer. Nak2 yg mak2, akak2 tu kan. Pening pala mikir apa nk masak. Ker kamu2 sekalian rajin menapak ke param? Hmmm....stakat ni bru skali je sy ni dpt menjejak kaki ke param. Hari Isnin lepas dpt gak la ke param di PKNS (area opis). Tu pon beli 2 macam je - bubur lambuk (RM3) & kuih tako (RM2). Sebenarnya nk bli kuih pelita/sampan. Tp terbeli kuih tako plak. Rupa jer sama tp lain rasanya yer. Ntah bila plak dpt p bli kuih sampan a.k.a tepung pelita idaman hati sy & anak dara kt umah tu. Almaklumlah nk sllau ke param @ bazar ni mmg x la kan. Dengan ramainya org pastu ngan harga kemain mahal skarang. Lagi bagos masak sdri yer dak! ( tapi sy lom pandai buat kuih tepung pelita :-p). Jadi keje sy hari2 now ni ialah cari En Google mintak resipi ngan dia :-). So smlm punyer citer sy teringin nk masak...di ulangi...teringin memasak yer. Bukan teringin nk makan. Sy nk masak macaroni cheese baked. Beside tu..teringin nk mkn pon yer juga! Cume lebih kpd nk try menu tu ha. Sbb senang mau bikin.
 

 
Google punyer google ini hasilnya. Lupa plak asal usul resipi ni. Dpt dr blog mana pon lupa. Sbb pic tu sy print skrin jer dr tepon canggih. Tgk kan pd bahan2 & cara tu senang je kan. Mostly bhn2 yg mmg dok ada kt umah jer. Tapi sy ni slalu ngelat bab2 resipi ni. Adaaaa jerblah yg sy x letak @ follow (atas sbb2 tertentu).
 

Ni hasil lepas 1 step iaitu menggoreng makaroni td. Smlm x der serbuk kari sbb dh kehabisan. Bila last mengkari pon sy dh lupa. Heeee :p Ni sy goreng cam sy nk wat spageti bolognise tu. Campak2 bwg segala ngan serbuk daun basil, serbuk paprika, serbuk lada itam, sos prego, sama hotdong (wat ganti ayam/daging); sama sayur pilihan. Jadilah cam gambar atas nun.
 

Haaa.....ni part kuah putih plak. Tu makaroni yg digoreng td dh selamat berendam lam kuah putih. Kuah ni pon x follow resipi penuh. Sbb nya x dok tepong gandum plak. Aduyaiii....umah sy ni dapor x bapa nk berasap. Bersawang ado la. Ngeh3. Pastu keju yg ada pon parmesan jer. Patotnya kene campak skali lam kuah tu mozarella cheese. Jd hasilnya kurang lemak berkrim la. Tp still ada rasa keju ok. Next time buat sy buat ngan full resipi la yer. 
 
 
Tadaaaa!!!! Siappppp suda. Nyum3. Hilang kempunan sy. Tp tulah...lam umah ni sy sorang je layan menu ni. Anak2 lebih suka makaroni cheese cam kt KRR. Si ayah nya plak mmg bolayan menu ada unsur cheese ni. Nasib wat x byk. Hmmm....esk nk try menu apa plak ek? Any idea kawan2?????
 
  
 

Friday, June 27, 2014

APAKAH SEBENARNYA TERJADI KETIKA ANDA BERPUASA?

Assalamualaikum , Salam Sehjahtera dan Salam Ramadan yang bakal menjelang tiba.


Sempena Bulan Ramadan yang dijangka akan jatuh pada 29 Jun 2014 (Ahad ini), suka saya ingin menarik perhatian pembaca berkaitan dengan amalan berpuasa. Bulan Ramadan sebenarnya merupakan bulan kesihatan, walaupun pada zahirnya berpuasa ialah menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa tertentu. Sebenarnya, berpuasa merupakan cara paling berkesan menyucikan darah, organ dan semua tisu badan serta menolong mengelakkan kemerosotan badan secara pra-matang. Ketika berpuasa pada bulan Ramadan, kadar metabolik individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi.

2. Secara amnya, berpuasa digunakan dalam bidang perubatan untuk pengurusan berat badan dan menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan. Kesan fisiologi berpuasa dikatakan dapat menurunkan paras gula dan kolesterol darah, menurunkan tekanan sistolik darah dan memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan. Pada hakikatnya, puasa Ramadan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang sederhana dan stabil. Sebaliknya, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung koronari, batu karang, buah pinggang dan sebagainya dikecualikan daripada berpuasa. Mereka harus mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa.

3. Walau bagaimanapun, bagi di negara Malaysia secara khusunya sebaliknya berlaku. “Syurga Makanan”, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba bulan Ramadan. Bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan kaum lain di negara ini terutama dengan adanya bazar Ramadan. Selagi tidak penuh makanan di pinggan, seperti tidak lengkap menu berbuka puasa. Golongan wanita pula tidak perlu penat memasak. Semuanya seperti sudah tersedia dengan pelbagai juadah yang ada di bazar Ramadan. Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman boleh dibeli untuk hidangan keluarga. Ada yang bertanya, cukup tak makanan kita hari ni?. Ada pula yang berkata, tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk. Sekirannya amalan ini diteruskan maka sia-sia lah manfaat berpuasa yang sepatutnya memberi manfaat kesihatan yang optimum. Oleh itu, ambil kesempatan Ramadan kali ini dengan merancang menu bersahur dan berbuka untuk keluarga anda dengan seimbang. Bersederhanalah ketika membeli juadah di bazar Ramadan. Bersama-sama ini juga disertakan saranan diet ketika bersahur dan berbuka sebagai panduan kita bersama. 

Saranan Diet Ketika Berpuasa

1.Bersahur

Disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber .Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang mengandungi serat (juga dapat bertahan agak lama) adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.
 
Kurangkan Makanan yang cepat dihadam dapat bertahan 4 jam sahaja. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas). Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan. Justeru itu, kurangkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam atau masin kerana ini boleh mengakibatkan rasa dahaga pada siang hari.
 
2.Berbuka
Dinasihatkan untuk mulakan berbuka dengan kurma seperti yang disunatkan dalam agama dan seterusnya dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan, jus buah-buahan, sayur-sayuran diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala. Cara penyediaan juadah juga mestilah dengan cara masakan yang sihat seperti kurangkan minyak, lemak, gula dan garam dalam masakan.
Rancanglah menu berbuka dengan makanan seimbang. Minum air secukupnya secara dari waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur.

 
 

Thursday, September 26, 2013

My bread pizza

Haiiish...nak masak apa ni. Nak masak lauk pauk bagai macam kenyang & kurang kerajinan. Minggu ni rasa mcm terkejar2 jer. Penat & letih plak rasa badan. Dah la plan nk cuti terbatal. Huhu. Nak makan kat luar pon macam malas. En somi lagi ler pulak, dia kalo hari bekerja mmg nk makan di umah jer. Dia bukan yg cerewet sgt. X kisah pon makan apa janji perut terisi. Ok, keputusan muktamad kiter wat kan spageti & nk try wat pizza roti lah! Teringat semalam memborong brg dapor dh siap2 beli bahan2nya. Jom ke dapor saya. Hihi :p
 
 
 
Bahan utama opkos ler roti
 
 
Yang ni sos yang digunakan utk disapu atas roti
 
 
For toppings, kiter letak la sosej ayam blackpepper Ayamas
 
 
Kiter saute sket sosej tu kasi garing
Ikot suker la kannnn
Kalo rasa2 nk letak je yg fresh tu x salah pon
Pastu susun2 ler satu persatu atas roti
 
 
Ni veggies yg kiter pakai
Potong dadu & carrot tu kiter parut jer
Tabur la sumer2 tu atas roti yg dh asa sosej tadi
 
 
Next, taburkan keju parut atas bahan2 tadi
Ni ler 1st time menjinak2an diri dengan keju parut
X tahu yg mana bagos, main amek jer
 
 
Last sekali kiter tabur sket blackpepper
Nak kasi cam ada pedas2 sket la kan
 
 
Okeh...ini hasil yg saya dapat
Lom ble makan lagi
Kene bakar dlm oven la pulak kannnnn
Suhunya main ikut suka hati & ikut oven memasing la
Pandai2 la ejas ekkk
Tapi yg ni kiter bubuh suhu 150 for 10 mins
 
 
Finally!!! Tadaaaaaaaa~~~
My Home Made pizza 
Ni hasil yg dah boleh ditelan. Hiks
 
 
Pasta ni santapan en somi
Dia x berkenan plak nk merasa pizza kiter :(
X per lah...kiter ngap ngan anak2 sudah!
 
 

Saturday, March 9, 2013

My 1st Mini Pavlova

Okay stret to the point. Saya telah merajinkan diri membuat misi mustahil hari ini. Hehe, ada hati nak buat pavlova plak ibu Sara nih. Dah banyak kali usha-usha beberapa blog & intai2 resipi kat internet. Tapi masa tu x sampai seru lagi nak buat sdri. Ekceli aku nih memang suker kat pavlova nih. Masa wat mkn2 time birthday aku aritu pon order kat adik pavlova. Minggu ni balik TTJ. Sini ada mixer, jadi boleh la buat acara nih. Kalo nak bikin kat Cheras, mmg x kembang2 ler adunannya nnt :p Jom kiter tengok jadi ke x jadi mini pavlova aku tu. Resipi yang aku follow di sini yer.
 
 
 
Bahan-bahan yang diperlukan telur 6 biji.
Telur mesti dalam suhu bilik yer
Aku pakai 6 biji sebabnya telur tu gred B je.
Klu pakai Gred A 4 biji pon dah cukop.
Esen Vanila, gula kastor, tepung jagung, cuka makan,
whip krim, aneka buah-buahan & kertas minyak
 
 
Gula kastor nyer nak pakai dalam secawan je
Ni cawan yang aku guna tuk sukat
Cawan plastik IKEA
Kalau yang jaga kesihatan & x suka manis sgt,
kowang lower down the sugar lorr
 
 
Telur 6 biji tu nak pakai yang had putih jer tau
Egg yolk x terlibat dalam ini resipi
Leceh gak nak asing2kan putih & kuning telur
Rupanya kat internet dah dok ajar simple way
Pakai botol mineral kosong jer
Korang pi la google sdri
 
 
Aku pakai 3 jenis buah jer
Ni buah yg paling aku suka kalo ngan pavlova
Ada gak aku jumpa yg pakai peach la, plum la
Ikot suka la kan, tekak memasing :p
 
 
 
Ni time memukul putih telur & gula
Mixer Makcik Pekzah dengan rasminya telah dikuarkan dari kotak
Memula pukul la putih telur dulu sampai kembang
Then sikit2 masukkan gula sampai habis
jangan masuk sekali rap yer
Sudah tu, pusing mixer tu laju2 tahap gaban
Sampai dia jadi "meringue"
Then stopkan mixer dulu
Pehtu masukkan cuka, tepung jagung & esen vanila
Kacau guka tgn plak sampai sebati
 
 
Adunan yang betul ialah apabila korang terbalikkan mangkuk tu, bahan di dalamnya x tumpah. Meringue tu x boleh kene air tahu. Pastikan peralatan mixer tu pon kering. Kalo tak x menjadila meringue korang. Adunan dah tinggal suku lagi nak langsai. Hehe...yg x menahannya, adunan buat tempat lain, bakar nyer kat tempat lain plak. Hiks. Umah mak aku x der pembakar ker. Yg ado ketuhar gelombang mikro jer. Itu pon takat nak panas2 kan food jer. Aku try wat eksperimen bakar gak dlm tuh, tapi hangus & hancuss!!!. Haha...itam legam jadinya. Penyelamat keadaan ialah Mak Hajah saya lerr. Kebetulan time tu Pak aji & mak hajah ada hal kt luar. Aku pon hangkut meringue pavlova tu bawak p sana plak tuk sesi pembakaran. Sabar je encik somi jadi driver aritu. Bawak p Giant soh beli bahan, pastuh berangkut ke umah mak hajah plak. Padahal dia secubit pavlova tu pon dia x jamah. Huhu...sentap sedikit disitu. Tapi x leh nak salahkan dia sbb dia mmg x suka apa2 yg berkaitan dgn whip krim, keju & yg sewaktu dengannya. Tapi demi menjaga hati isteri & nk support isterinya yg tetiba rajin semacam kan...dia follow jer. Tq yer yunk. 
 
 
 
 
Okay, ni time membakar adunan meringue tadi
Aku tepek tu guna sudu jer
x pakai apa2 acuan pon
Cuma kene pastikan bahagian tengahnya ada mcm lobang
& yg tepi tu tinggi sket ala2 benteng
sbb nanti kat tengah2 tu ler nk letak whip krim
1st time buatkan, so terkial2 gak la nk kawal api
x tau aku suhu mcmn yg terbaik
main hentam jer
asal x panas sgt & x hangus
Kejap bukak katup pintu oven
nk tengok warnanya
intai dari luar cam x puas hati plak
dah la ngan rabun lagi
Mak hajah ckp menu asas telur ni x per
kalau bukak katup pintu oven
janagn bakar kek korang wat camnih
mau bantut kek tu nanti


 
 
Ni 2nd round nyer hasil 1st round bakar,
tepek whip krim & buah, terus kene balun dah.
X sempat nak snap gambar.
Mak hajah pon dah balik time siap bakar ni.
Cam hangus sket kan
 
 
Tadaaaaaa......amacam? OK ker idok?
Boleh la kotttt. Nama pon 1st try
Amatur lagi kan
Masuk kat mulut rasa pavlova jugak :p
Sendiri makan boleh ler
Petang tadi ada wat makan2 sket
Sajer dah lama x ajak pakcik makcik dtg umah
Nak tggu raya lambat lagi
Lagi pulak semalam pon birthday Sara
Ajak 3 buah family jer pon
Aku letak la seketul 2 pavlova ni tuk diorang
Abis jugak lah, hihi
Nanti kiter wat projek lain plak.
 
~ ~ XoXo ~ ~
 

Saturday, November 19, 2011

Makan2 @ Fish Manhattan


Yum3. Dap2. Cuti Awal Muharam (lama giler dh berlalu kan) kami blk kg yg x bape nk kg tu kan. Hehe. Acara yg x leh miss ialah jln2 & mkn2. Pot feveret kami mana lg klu tk @ JJ Seremban 2. Dah itu je nan ado. Hiks. P time cuti umum + coti sekolah kan....hah padan muka sbb payah kemain nk dpt paking. Kebumbung juga sudahnya. Acara plg best ialah kami mkn @ Fish market Manhattan. Aku dh pnh try sblm ni kt Sogo. Masa tu di perkenalkan oleh my best buddy kat opis. We all guna groupon. Kali ni menghasut partner in crime sy lak try. Foodnya ok...shedap. Spagetti tu very the hotz. Puas mkn udangnya. Lam spageti ada udang p amik lg udang ala tempura. Yg cekelat tu namanya Coklat Mudpie. Dlm nya inti aiskrim. Pon shedappppppp. Nanti kiter g mkn c2 g yer.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 27, 2011

De Warong


Aku x reti sgt nk review2 pat mkn nih. Tapi nk gak share xtvt mkn2 kami lam blog ni. Last week (bukan masa kejadian sebenar) kami ber2 p try pat mkn baru. Hehe...ngedate ber2 je tanpa anak2. Dekat jerr ngan area umah kami. Nama kedainya De Warung. Lokasi bertempat di Bandar Sri Permaisuri. Kedai ni mainly jual menu2 kampung. Dekorasi kedai pon ala2 umah kampong gitew. Emm...pilihan menu cam x byk ler kt kedai ni. Bagi membasahkan tekak kami oder air yg sama-kopi putih. Aku amik yg sejuk & hubby minta yg panas. Amekkaw...mlm tu payah wa mau titon. Sape soh minom kopiii??

Makan plak aku oder nasi lemak De Warung + ayam percik. 
Kat tekak aku, nasi lemak tu biasa jer. 
X der apa yg spesel. 
Sebab pewot dh mmg lapar enak jer aku makan. 
Tapi aku x dpt nk abiskan nasi lemak tu. 
Sebab??? Hmmm....

Somi plak amik Nasi De Warung + ayam percik.
Presentation nasi siap ngan tempurung kelapa bagai
Makan plak ngan ulam2 & sambal
Pilihan ayam der byk g, tp x ingt plak dah heh
Somi ku separuh jln je dia mkn
Tetibe dia terdetect unsur2 udang di c2
Apalagi...terbantut selera member nk mkn
Haishh.....tu yg disebatnya nasi lemak aku
Dh bertukar menu plak kami 
Seb baik aku x oder nasi yg sama 
Kalo tidak al-membazir la jwbnya
Hmm...nasi De Warung tu leh tahan gak 
Tp somi aku dh banned kedai tu
Katanya x menepati selera dia :(
Jwbnya itu 1st & de last la kami singgah
Tapi cam best kalo nk dtg bekfes :p
Penambah rasa kami oder otak2
al-peliks sket sbb x balot2 ngan daun
Macam digoreng jerr, bukan ke patutnya di bakor?
Hentam la labuuu, rasanya cam otak2 gak
Ker aku je yg baru nmpk otak2 camnih??? :p

Byk kedai mkn baru bukak kt cni
Tapi x abes singgah g :p
Ada kedai steambot (c-fud), Restoran Iran, Truti frutti pon ada
Ayam penyet...ish...korang semak la plak yg lain2 tu yer



Saturday, October 8, 2011

Stock up please!!

Huiii....sedappppnyerr la haiii
Tapi kemain payah nau nk mendapatkan 
Memanjang habis (ker aku yg kelambatan??)
Ni la item baru lam gobok makanan kami
Baik bekpes, minom petang kekadang wat dinner :p
Anyhow...Anywhere...Anytime
Leh mkn camtu je, x pon kiter bakor jerr
Byk flavor ada, Vanilla, blueberry, sirap maple
Rege pon baru RM1.40 satu
Kepada Tuan Gardenia, sila up sket quantity jualan ek






Friday, September 30, 2011

Potluck ke Shah Alam


n3 lately asik berkisah pasal makan & raya je kan. Tu sebab badan ku ini semakin membesar. Kat opis makan, kat luar makan, kt umah makan. Alhamdulillah...rezki yg Allah bagi. Ni story Isnin lepas. Opis somi aku ada wat jamuan raya. Masing2 kene bawa potluck sendiri. Wajibla aku yg kena masak kan. En somi telah mengoder spageti goreng. Alahai...bercinta  tau nk masak pagi2 buta ni. Hehe...tp aku buat gak sbb dolin nye pasal. Malamnya aku sediakan bahan2 & simpan molek2 lam peti sejuk. Esoknya bangun kol 5 masak laju2. Mintah mahap la yer kalo terkurang rasa & rupa. Aku ni tidaklah pandai sgt masak. Apa yg biasa makan jer reti aku jamu kat org. En somi kata habis-Alhamdulillah. Tahun depan ntah apa plak menu bakal dioder (mcm kompem jer thn depan ada jamuan lg kan). Tetibe rasa cam nk makan nasi hijau laaa....hmmm (mode: mengidam)



Saturday, July 2, 2011

n3 cekik darah


Lokasi: Q Bistro, Sri Permaisuri
Menu: Spaghetti bolognise (meat)
Harga: RM17.90

Published with Blogger-droid v1.7.2




Thursday, April 28, 2011

Q Bistro

Hmm.....rsanya cam nak p makan kat mamak la
Padahal baru jer Isnin lepas pekena food mamak
Ish3...pepagih buta dh mengaruk pasal makan kan
Ehh...mestilah kan...mn nk dtg tenaga wat keje kalo x mkn
Kiter amik mod dlu sblm mula keje yer

Ayam tandoori....nyum3
sedap mkn cam tu jer
sambal ijau tu x penah pon aku try
apa ntah rasanya
nmpak cam x besh je

Ni pown feveret aku kalo mai Q Bistro Sri Permaisuri
Garlic Nan cecah dal + ayam tandoori + teh tarik
Tuk kanak2 riang kami....kiter kasi dia mash potato
If they know for kids siap dowang deco bentuk2 menarik
Tym Sara dulu dpt mash potato bentuk burung
Tp ni tok bapak budak...tala jer la bentok apa pown
Janji kenyang....hiks
All of the above RM20 ++ yer