web widgets
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, September 25, 2012

Sara nak tadika dahh...

Semalam ibu terpaksa EL sbb kakak Sara demam. Tetiba tetengah malam Ahad tu badan dia panas tetiba smpi ke pagi. Ekceli ptg Jumaat lps masa jemput diorang dari umah mak hujan lebat sakan. Sabtu ptg yg lepas plak Sara dh start complaining dia pening pala & demam. Being a good dad, incik somi pon kasi ubat. Tapiii....ntah apa hal ngan ayahnya, di suapnya Sara ngan ubat batok??? Haish...ayah pon ting tong dh ke. Ok, kebah la sket budak tu. Tp membawak smpi ke hari Isnin. Elok dah ibu gosok bju pagi Isnin tu nk p keje ngan semangat kental ( hahaha....yolah tu) Tapi x smpi hati nak tggl Sara umah uwan. Tetiba emo ibu nya semalam.


Posing ngan baju ujan jap sbb adik ngamok nk pakai bju ujan. Hehe. Kali ni demam, Sara yang beriya remind ibu dia nk mkn ubat. Selalunya kemain liat nk jamah ubat. Pastu siap oder soh masak bubur. Habis seperiuk (suku periuk) bubur Sara makan sorang je. Portion tu ibu buat nk soh adik makan skali. Tapi adik ni susah tol nk makan. Caner ek?? Badan x naik2. Susu je mau nya.


Ayah balik keje, ibu plak request Tutti Fruti. Seb baik mood ayah ok nk layan oder ibu. Kalo tak, huhu...x mo kwn ayah. Kakak x layan sgt froyo (frozen yogurt) tu. Ibu & adik yg abiskan. Sedapnyaaa, x cukop la.


Tgh hari semalam gak, atok hantar borang tu kt umah. Ibu kirim mintak tlg atok g amikkan kat school. Yela...closing date 31.10.12, open time office hour. Caner ibu/ayah nk g amik form kan. Sub la kat atok tlg p amik. Tqvm atokk!!


Tudiaa...checklist nak kena ready. Keje ibu la plak ni kan. Ayah tinggal sign jer & kasi duit :p Excited Sara bila ibu ckp tu borang dia nak masuk sekolah. Senyum simpul mek tu membayangkan keseronokkan dpt p sekolah. Hmmm....gud2. Jgn 1st day school nnt nangis, dah la yer. Orait...back to works buddy.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, September 24, 2012

Sara & Camera


Ha..nmpk kan pics atas tu. All shots taken by my luvly Sara. Sebelum2 ni ibu dia asik post2 n3 kakak posing2. Now ni, dia dh sakan nk jd juru foto plak. Ibu dia lak amik part jd model. Hiks :p Jgn x tau, tu la new achievement Sara. Pantang lepa henset hTc ibu tu, nnt ada je la gambar baru lam folder. Hset ayah mmg x leh sentuh. Kang ngamuk ayahnya. Ibu ngamuk gak bila hset jd bahan mainan anak, tapiii...hmm anak kan. Nak lantingkan iPhone lama tu memanjang batery nya kong. Tensen budak2 tu, baru tekan 1 butang dh padam.


Hehe...yg ni ibu snap kan. Ibu will always support all good thing u did Sara. Ibu love u much.

Published with Blogger-droid v2.0.9


Sunday, September 23, 2012

Mengidam punya pasal

Al-kisahnya, tuan punya blog ni mengidam nak makan Mee Bandung Muar. Abis sume kedai makan yg dia g, mesti nk cari menu tu. Tapiii Tiap kali tu la misi pencariannya gagal :( Then, 1 fine day.....


Tadaaa...sedap kan, sedap kannnn. Tempted jer nengok pic tu. Mendapat komentar dari fb list ku.


This are few more comments....



Semanggkuk tu RM7.90 jer. Ada udang 2 ekor & daging. Memang berbaloi ngam rasanya. Kalau kamu2 semua ke pusat bandar KL tu, g la singgah kat bangunan MARA yg baru namely Busana. Naik tingkat 3 & serbu gerai Nasi Beriyani Gam Johor. Semua menu femes org Johor ada sana. So...njoy your meal k. Yummiie....

Published with Blogger-droid v2.0.9


Wednesday, September 19, 2012

WW: Birthday Combo Party 19.9.2012


 



 
 
 
 

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 1433H

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kita masih dipertemukan dengan Ramadan Al Mubarak. Dikesempatan ini saya mohon ampun & maaf di atas salah laku atau silap kata yang telah menguris hati sesiapa. Mari kita bersihkan hati & reset minda utk menjadi lebih baik dari sebelum ini dengan kehadiran Ramadan ini. Barulah boleh puasa dengan sempurna :) Pesanan untuk diri sendiri (Dan kepada anda yang membaca entry ini): jangan berhenti mengharapkan keredhaan Allah, ingat bahawa Dia tempat pergantunggan kita yang paling utama. Ingat bahawa Allah ada bersama kita susah dan senang. Jgn meminta kepada manusia, hanya Allah sahaja yg Esa (err....napa pipi saya basah ni?) Semoga hari mendatang lebih baik buat ku Ya Allah....Selamat berpuasa semua.


Published with Blogger-droid v2.0.6P

Saturday, April 14, 2012

Aqil patah bahu...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Huwaa.....scary tak tajuk n3? Hmm...itulah yg terjadi. Masa kejadian ialah pada hari Rabu (11.4.12) sekitar jam 11 mlm. Masa tu kami 4 beranak mmg dh tido (sebilik & sekatil). Tetiba...bedebuk! Uwaaaa.....Aqil dh mengejutkan ibu, ayah & kakak. Kelam kabut ibu bgun angkat Aqil. Dia jatuh tertiarap. Nangis diam, nangis diam...lelama lelap balik. Ok la tu kottt. Esk pg nya bgn tido dia nangis lg. Ibu ayah pujuk lg dia ok. Cek2 badan dia, x der plak apa2 yg lain, luka or lebam, cuma Aqil x leh nk gerak2 sgt tangan kanan dia. Ibu ayah pk & doa yg baik2 jer la kan. Kami g keje cam biasa ari Khamis. Klu ibu x der apptmt ngan klien selambe je ibu EL aritu. Tp ibu x mo susahkan kwn2 sepejabat plak nnt. Blk keje ptg tu tepat jam 4.30 ptg. Bwk Aqil g klinik, doc refer ke HUKM. Cek & xray bagai & tahula yg tulang kt bahu kanan Aqil patah. Doc ckp boleh sembuh & x ada apa yg serius sgt. Nnt kene p ulang checkup kt Klinik Ortopedik Selasa depan. Now ni pon Aqil dok ligat je main2 cam biasa. Cuma dia kurang guna tangan kanan. Slowly la dik kn....adik mesti sembuhnya. Ibu akan doa byk2. Anak lelaki mesti kuat. Klu adik nk tahu, ayah dlu siap melecur badan kiri lagi. Pak ngah adik pon siap jatuh tgga & jahit kt pala pulak. Mmg ibu risau & susah hati, tp ibu x nak risau & susah hati ni mengurangkan doa ibu utk adik. InsyaAllah...semuanya akan baik2 mcm slalu kan :) Ibu syg adik sgt2 tau. Muah2.

Tuesday, February 7, 2012

Jalan-jalan ke Melaka


Haha...lama sungguh pics ni sumer terperap dlm draf...
Pastuh terpampang jer kt page tanpa kata :p
Kejadian mengambil masa kira-kira 22 Jan lalu (lama kan)
Kami 4 beranak, mak pak aku sama 2 adik laki
Join skali mak mertua & adik ipar pompuan
Bergeraklah kami ngan 2 kenderaan dari Seremban ke Bandar Hilir
Memula singgah ke Taman Mini Malaysia, tp tutup renovate
Bulan Mei baru bukak balik. Nk singgah Zoo Melaka full entry plak
1st stop kami naik Melaka River Cruise


RM10 dewasa & RM5 kanak2 utk 45 minit pusing ikot Sg Melaka
Very the excited kanak-kanak riang saya lam ni
c-Kakak memula takot2, adik nyer la yg kemain hero lagiii
Nasib x terjun lam sungai
Kat sini pon ada gak tren cam Putra LRT tu, tp x beroperasi


Sampai pon dh masok tengah hari & matahari mencanak atas pala
Dari tpt River Cruise tu kami jln kaki ke pot2 lain
Jauh gak la...nk mengelakkan kepayahan memaking kete nyer pasal
Lenguh lutut bejalan + kering tekak kami dok lepak warung cendol
Warung tu betol2 ngadap Menara Jam Besar
Hmmm....sedapppp....ilang haus...baru leh sambung jalan
Dari cini kami gerak plak nek beca pusing2 Bandar Hilir
RM20 sowang lam 45 minit gak la
4 beca kiter borong...ngeh3....1st time neh nek beca
Mada tadika cikgu bawk g Melaka x nek beca :p


Peh tu merayap la kami ke kawasan sekitarnya
P nek kapal besar yg tersadai tgh2 bandar tu kan
Yg x dan nk nek ialah Menara Taming Sari
X per lah...len2 kali kiter singgah g ek
Nak nek Menara tu RM20 sowang kalau x silap




Kami 4 beranak lam 1 beca
Bonda & ayahanda terchenta atas meriam :)



Ni acara dlm kapal...atas ni pemandangan dlm bilik kapten kapal
Lam kapal x leh pakai kasut.
Masa bayar tiket, dpt sowang 1 plastik beg
Gunanya wat simpan kasut nk masuk lam kapal nnt
Abis terjah kapal, kami g Muzium Samudera plak bersebelahan kapal tadi
Dlm tu dok citer segala hal mengenai khazanah laut


Yang ni plak pemandangan dalam perot kapal


Sebelum turun kapal kiter posing dulu
Ada 2 org x nampak dlm ini gambar
1. Aqil yg dok cangkung pandang bawah tu
2. Nizam-kameraman of d day
Best jln2 Melaka, pasnih plan nk g masuk A' FArmosa plak
Tapi ntah bila2 lah tuuuu. Ni pon kami p balik hari jer.
Ingt dpt la makan ikan bakar ke....tapiiiii x berjumpa pong
Katanya malam2 baru ada kedai ikan bakar tu ek
Hmm....sebab peram lama sgt story, lupa dh apa lg yg dibuat
Sok2 kiter p ukur pat lain lak kt Melaka Raya ni heh.