web widgets
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Wednesday, September 30, 2009

Hari yang lemauuu..

Kejap nyerrr cutii...X puas lagi cuti niii. Waaa...dah kene keje. Lemau nyerrr raser. Walaupun aku stat keje ari Isnin patutnya, tp aku amik cuti segera 1 hari lagik sebab anak aku Sara demam & cirit-birit. Hari Selasa g keje. Punyerr belambak keje, siap kene ganti buddy plak duty counter. Aduhh...tensen nyer makcik. Bila la hubby aku nak menang sejuta nih...X yah dah aku keje. Dok umah jer...tp duit masuk gak tiap2 bulan 1000. WoW! Best kan.

Hubby aku lak Senin dia keje, tp Selasa dia lak yg cuti segera sebab sakit perut & demam. Cian dierr...Aku sediakan air 100+ sebotol kecik & pil chi kit teck aun (dia yg soh pi beli). Apa lah yg bersarang dalam perut dia tuh X mau keluar2. Terseumbat kot sistem kumbahan dia. Heheh...Tapi arinih dia dah ok dah. Alhamdulillah.

X semangat la nak keje. Camane ek nak buat? Mungkin aku dah patut ditukarkan ke bahagian lain kot. Dah setahun aku dok bertapa kat Sek Mahkamah ni. Mungkin dengan environment yg baru aku leh teruja kembali utk bekerja. Wahh...yer ker niii....

Monday, September 21, 2009

Syawal 1430 - 20/09/09


Alhamdulillah...bertemu kembali dengan Syawal. Tahun nih 2nd yr sambut rayer dgn hubby & baby Sara. Rasanyer tahun nih lagi best dr tahun lepas...sebabnyer aku dah dok umah sendiri (sewa jer)...pastuh Sara plak dah bole berjalan & bercakap (pelat laaa). Pastuh..tahun nih gak collection duit rayer Sara bertambah sebab pak ngah dia dah keje..Yippeee...BAby Sara dah pandai melaram. Suka bila dapat pakai baju baru & kasut baru. Tahu ajer bila sebut baju baru..kasut baru. Org X siap lagi dia dah sibuk ajak keluar. Menu pagi rayer di rumah kami tahun nih ketupat pulut, rendang daging, mee goreng & air teh. Kol 10++ pagi kitowang pon gerak balik Seremban.Selamat Hari Rayer Semua....

Sunday, September 20, 2009

Malam Rayer




Tahun nih memandangkan aku dh dok menyewa sendiri, aku pon ajak la mak, ayah & adik2 berayer kat umah kitowang. Bestnyer...seronok tol aku rasa. Ada anak & hubby depan mata. Esok dah nak rayer...malam nih aku & Sara join adik2 main bunga api (sebenarnya aku yg sebok soh main). Ni la 1st time Sara main bunga api. Sara cam tekujat sket bila nengok bunga api. Takut....& sumtime nmpk blurr...Lelama tuh dia naik syok plak main.





Monday, September 7, 2009

Nuzul Quran

Hari ni dah 17 hari posa. Harini jugak adalah hari Nuzul Quran. KL tak cuti, Selangor, Perak, Pahang & Negeri Sembilan antara negeri-negeri yang cuti sempena Nuzul Quran nih. Hehehe...adalah sorang brader nih...dia keje kat Selangor. Punyerla semangat nak kejer (sebenarnya semangat sebab pakai baju Dockers baru...) hari nih cuti pon dia g opis gak. Hahaha...nasib baik ada radio lam kete. Kalau idak...hmmm...Selamat bercuti yer Yang.

Wednesday, August 26, 2009

Baju Raya...


Semalam gaji masuk. Pas settlekan semua hutang piutang, aku g Sogo shopping. Ada Warehouse Sale kat Tingkat 5. Macam2 ada. From top to tow, in & out. My plan, nak cari baju raya si kecik. Memang ada yang berkenan, tp harganya cam X bape nak ok. Yang X berkenan harganya murah plak. Tp aku rembat gak sepasang baju tuk sara. Baju raya ker nih?Hehehe...ntah ler. Pasnih tinggal carikan dia baju kurung sehelai, gaun sehelai & kasut.











Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan

"SELAMAT BERPUASA & SEMOGA IBADAH KITA DITERIMA ALLAH S.W.T"

Monday, August 17, 2009

Tarikh Luput Silinder Gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas. Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG : Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun
A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan. Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006. Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.