Saturday, April 30, 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang



Alhamdulillah
Rezeki kali ke-2 merasa APC selepas 5 tahun 
1st time dapat di cawangan KL tahun 2011
Kali ke-2 merasa di Jabatan yang sama tapi cawangan lain pula


Dengan rakan baik seperjuangan Kak Nurul Aini
Tanggal 26.4.2011 di PICC
Anugerah waktu tu disampaikan oleh Menteri JPM, YAB Dato' Nazri
Masa tu kami dapat bersama2 dengan bos kami juga


Tanggal 26.4.2016 pula di Auditorium D8, JPM
Juga bersama dengan rakan baik seperjuangan
I use to call this girl AMOI
Memang kami x sangka dapat APC sesama pula! 
It's faith kan amoi


Antara yang juga menerima APC bagi kecemerlangan perkhidmatan bagi tahun 2015
Dari Kanan barisan depan itu ialah immidiate bos saya
Terima kasih puan kerana nampak kecemerlangan saya :)
Kami semua ni x sempat nak bergambar masa kat dewan tadi
Jadinya posing dalam kereta jabatan saja la yer
Jadi lah untuk kenangan
Tahniah semua atas usaha keras masing2
Moga usaha itu tidak terhenti setakat di dunia sahaja
Harap dapat menjadi saham akhirat juga kan


Masa ini di Kelab Equestarian Putrajaya
Bos besar belanja kami semua makan
Tq big boss belanja kami semua
Semoga bertambah murah rezeki Dato' lagi





Friday, April 29, 2016

Bukit Gambang Resort City


Alhamdulillah 15.4.2016  (Jumaat) sampai gak kami di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Perjalanan dari jam 10 ++ pagi membawa ke pukul 3++ petang. Sempat berenti 3X tuk solat, makan & ke tandas. Perjalanan yang happening.  Anak2 la yang paling seronok outing ni sebab ni percutian pertama kami untuk tahun 2016. Percutian ni tajaan office encik suami. Fully sponsored! Kami bawak badan jer. Hehe :p Terima Kasih bebanyak kepada penaja & penganjur yer. Esok lusa sponsoed kami lagi tau! 


Kami check in di Arabian Bay Resort - Deluxe Suite. Konsep ala-ala Arabian la gtiu. Tu yang dok terpacak replika mak unta & anak unta kat background kaak Sara. Kalo x silap tengaok slip check-in tu RM198++ semalam. Ada 6 family dalam trip ni. 5 berkeluarga & 1 tu bujang, jadi dia bawa kawan join. Pergi memasing gerak sendiri2 jer. X der konvoi2 ke hapa. Leceh kan kalo nak berkumpul ni bila masing2 dari lain2 arah. Gambar di atas tu dah dalam area lobby resort. Petugas di kaunter baik, sopan & membantu. X der lah yang buat perangai ke hapa. Keadaan masa kami check in tu pun tidaklah ramai sangat pengunjung yang ada. Mugkin sebabdah tengah bulan kot & cuaca panas ni ramai yang x berjalan agaknya kan.


Kakak ngah tercegat lagi posing tetiba adik enterframe pula! Budak kecik sorang tu baru boleh dapat menapak. Tu yang kemain dia tawaf area lobby pusing sana sini dengan mulut kepoci dia membebel sorang2. Boleh nampak la keterujaan budak montel sorang tu. Ni 2nd trip dia utk family vacation. Tahun lepas masa p Grand Lexis dia x leh jalan lagi. Dok jadi baby lagi kene usung sana sini. Tahun ni dia meligat la nampaknya.


Okay, ni kami dah selamat masuk dalam bilik. Dalam gambar tu bangunan main lobby tempat check in tadi. Bangunan yang sama juga ada cafe resort tempat buffet makan nanti. Kami dapat full package (breakfast, lunch & dinner for 3D2N). Bilik kami di Blok 3, tingkat 8 & pintu No. 18.


Bilik ni ada 2 katil Queen. Okay lah kan untuk kami berlima. Ngam2 ho!! Keadaan bilik bersih & terurus. Bilik airnya pon bersih & kemas. Hanya ada tandas duduk & shower serta sinki sahaja. No bathup or jacuzzi yer. 


Ruang yang bertentangan dengan katil tadi


Bekalan dalam bilik dari pihak hotel


Lagi kemudahan yang tersedia
Tapi safety box tu tak leh function pon
Yang lain2 A/Ok


Lepas kan penat lelah dulu dalam bilik. Budak2 pon dah mula bising mencari kolam renang. Itu memang misi utama mereka tiap kali bercuti. X pernahnya bosan dengan air & kolam. Addicted!!! Jadinya petang tu lepas asar kami p ronda2 sekitar hotel mencari kolam tempat nak berkubang musim2 panas ni kan. Blok kami agak jauh juga dari kawasan kolam renang. Tapi anak2 punya pasal redah juga. Kena lah kami pass by the lobby area. Gambar di atas adalah kawasan kolam renang hotel. Siap ada kawasan berpasir ala2 tepi pantai tu. Tapi x der plak budak yang dok bikin istana pasir ke hapa. Haha...memasing dok elok dalam kolam. Jadinya kolam tu agak berpasir di bahagian lantainya ya. Masa kami sampai ni x ramai pun pengunjung.


Kat sini ada juga disediakan cabana untuk mereka2 yang x berendam lepak2 atau tempat nak letak barang2 keperluan kain baju bagai. Yang seperti di atas tu area kolam orang dewasa. Kanak2 memang x dibenarkan masuk tanpa pengawasan penjaga. Di kolam ni ada life guard juga ya. Asal dia nampak jer budak cecah kaki dalam kolam dewasa ni bunyilah wisel dia. 


Mak buyung dok tepi sudah lah kan.Tapi dapat gak lah aku berendam kekejap sejukkan badan dalam tu sesambil anak2 berkubang. Ayah nya pon x mandi sangat sebab nak kene berkepit dengan si Salahuddin sepanjang masa. 


Salahuddin memang tersangatlah suka berurusan dengan air ni. Kalo waktu mandi biasa pon dia tahan jer berjam2 dalam bilik air. Sampai kecut2 1 badan dia leh rilex lagi. Tengok lah tu senyum simpul dia dapat dok dalam air. Ketinggian kolam ni pon ngam2 dengan dia. Budak ni boleh berdiri tegap dalam kolam. Tu yang buat dia tambah selesa. Kepuasan anak adalah kepuasan ibu juga kan. Seronok bila anak2 gembira macam ni. Dpat tengok lagi 1 perkembangan tumbesaran dia. Good job baby! 


Malamnya kami dinner di resort. Waktu dinner tu kami diberikan siap2 kupon untuk aktiviti2 esok harinya. Program esok ialah ke Water Park & Safari Park. Best3. Can't wait. Berbalik pada makan malam tadi, buffet yang disediakan terdiri daripada makanan Malay, Chinese & Indian. Cumanya makanan2 pada aku x lah sedap sangat. Rasanya biasa2 saja. Maksudnya x ada yang kick kat tekak aku ni. Menu nya pelbagai la. Ada nasi, lauk pauk, mee, western, cake as desert, buah2an, teh, kopi, kuih muih, gulai patin tempoyak pon ada. Ehh...banyak la jugak! 


Ini dah masuk hari ke-2 (16.4.2016-Sabtu). Jam 7.10 pagi kami anak beranak dah turun sarapan. LEpas tu naik bilik semula kemas2 apa yang patut then turun semula jam 9.30 pagi. Berkumpul di lobby hotel tunggu tram untuk ke water park. Yehuuuuu!!!!!!! Meh kiter layan keletah budak kecik ngan pak dia ni sementara yang lain2 sampai.


Budak sorang ni dah setahun sebulan. Baru lebih kurang sebulan dapat berjalan. Now ni dah makin laju langkah dia. Kalo awal2 dulu asik terkedek2 jer. Jadinya memang x reti nak dok setempat. Kulu kilir la dia buat ayahnya berpusing mengejar dia. Ibu memang dah x kurang upaya nak membuntut adik. Ibu boleh tengok jer dari jauh. Sekali sekala jer la bila ibu dah bosan duduk ibu akan dok terpacak sebelah dak kecik ni. Tu dah siap2 ngan baju renang kat dalam romper. Senang bila dah sampai water park nanti terus unbutton jer. Terima kasih la suami ku kerana sudi melayan kami anak beranak di dalam trip kali ini. Much love in this pic dear!


Haaaa...kejar yah jangan x kejar Salahuddin tu


Segala benda dia nampak dia nak usik
Orang ngah vacum lantai pon dia sibuk dok usha
Haa...meh kasi dia naik ATV x bergerak ni


Yeayyyy...sampai suda kat  Water Park. Memasing x toleh kiri kanan dah. Cabut baju luar terus tuju ke air. X peduli dah kat ibu yang memboyot bawak perut ni ha. Ibu plak yang terkedek2 nak kejar 4 beranak tu. Haishh. Ni kawasan beash dia la. Ala2 dok pantai gitu. Kalo boleh nampak bangunan atas bukit sebelah kiri Coco Beach tu ialah Safari Park entrance dia. Belah petang kami check in sana pula. Jadinya kami layan main air ni dari jam 10++ hingga jam 12++.


Lagi2 muka budak comel ni. Mana taknya, kakak abang dia dah berdesup masuk lam air. X sempat ibu nak soh posing2  dulu. Water park ni lebih best dari water park yang pernah kami sampai sebelum ni (i-City Shah Alam, Bukit Merah & A Famosa). Sebabnya dia ada banyak slide yang sesuai untuk kanak2 macam Sara & Aqil. Salahuddin pon boleh gak tapi dengan pengawasan penjaga la. Gelungsur air dia ada 6. Semua tu Sara & Aqil dapat guna. Kalo tidak asik x lepas ketinggian sajer. Jadinya sakan la anak2 ni main air. Ibu plak dok berendam jer dalam kolam sambil mata ligat perati kakak, abang & adik. Sedap gak panas terik cam cuaca sekarang ni dapat dok dalam air. Siap ada payung lagi kolamnya. Dapatlah teduh dari matahari.


Jam 12.30 t/hari kami dah sudah dengan aktiviti air
Sempat kami lunch dulu kat sana
Menu tengah hari kami seperti di atas
Nasi lauk kicap telor dengan sambal ayam dengan sayur kobis
Siap ada pizza untukanak-anak
Makanan siap di hantar ke cabana no. 10 & 11
Alhamdulillah & terima kasih


Air mineal jer uols
Tempat persalinan  kat sini pon baik2 ajer keadaannya
Bersih & memuaskan kan 
Siap mandi, makan & bersihkan badan
Kami pon balik ke hotel semula
Rehat2 jap sambil tunggu masuk zohor
Then kol 2.30 ptg dh nak kene siap untuk aktiviti di Safari Park pula


Masa kat hotel tadi memasing sempat la lelap sekejapan. Yelah dah berlelah mandi-manda tadi kan. Memasing keletihan. Ayahnya & Aqil jer yang berjaga. Nak ke Safari Park dari hotel memang bagusnya naik tram yang tersedia. Kalau nak gak bawa kereta sendiri pon x ngapa. Boleh saja. Tapi parking lot nya tidak lah besar & banyak. Tempat nya juga tidak berbumbung & sudah tentunya panas & jauh la korang nak menapak pula dari kereta naik ke entrance. Tram nya siap ada aircond & percuma. Okay masa ni kami tengah ride tram nak ke Safari Park. Kakak & abang are good to go. Mak jemah sungguh la kakak cam tu :p


Masuk jer dalam Safari Park tu check point pertama ialah Wild Savana nya. Group kami ni siap ada tour lady yang lead. Nama nya Miss Melly. Dia lah yang mengiringi kami sepanjang aktiviti di Safari Park ni dari jam 3.30 petang hingga 9 malam. Haaa...sampai malam uols nak pusing2 dalam kawasan binatang ni. Cam x caya jer mak buyong ni leh join sekali kan. Sekali lagi dengan tram yang ada kami pusing2 dalam Wild Savanah yang terdiri dari 3 kawasan hidupan liar yang ada di Africa, Australia & Asia (yekerr??? ntah lah. Kalo x silap la kan). Dapatlah tengok binatang yang dok ada kat negara asing sana cam Albakar (sejenis unta yang berbulu tebal), dubuk, tarikan kat sini ialah white lions - Simba namanya. Big white lions! Ada kangaroo, babi liar Afrika, panther, Slow lorry dalam Zootopia tu pon ada. Budak2 ni seronok la dapat tengok macam2 jenis binatang yang lain dari Zoo Negara yang dok ada kt Ampang nun. Petting Zoo pon ada. Tapi kami x masuk plak area tu. Dia buat macam rumah kampung & dalam tu ada bagai2 jenis binatang jinak yang selalu di bela kat kampung2 cam ayam, itik, kambing, arnab dll. Acara petang ni juga kami dapat tengok pertunjukkan binatang. 


Masing-masing masa ni dah berlengas 1 badan
Kepanasan & kecapekkkan
Waduhhhh!!!!!!


Budak kecik ni plak time ni pula dah kecomotan
Tapi tetap x tau apa itu penat & letih
Cargas sajer2 dia 
Padahal dah lapse nap time, susu ntah ke mana 
Tapi alhamdulillah behave la
X meragam yang bukan2


Mereka berdua tengah enjoy pertunjukkan binatang
Ibu yang dah mula x senang duduk
Letih ler oii mak buyung ni haaaaa
Si adik memang berkepit dengan ayah sahaja
Ibu kurang upaya nak handle dia


Merak tengah melebarkan sayapnya
Show off dia nyer beauty


Ni dalam kawasan burung
Beli kuaci utk bagi burung2 makan
Acah2 jer budak kecik ni nak suap burung makan
Dia dok gerammmmm jer ngan beburung tu
Kalo dapat mau dipicit2nya burung tu!


Muka teruja nampak burung live depan mata
Nak tangkap x dapat plak burung tu


Memasing ngah kusyuk dengar taklimat Miss Melly
Ni kat seksyen beruang
Tu kat tangan bekas roti planta yang dah kosong


Beruang 2 eokr ni yang makan roti planta tu yer
Tu depa ngah kutip roti yang di tabur oleh pengunjung
Setiap binatang kat sini memang dok berpasangan
Kalo tak depa akan stress & sudahnya mati
Jadi tu 2 beruang-1 jantan-1 betina


Beruang: "Meh la campak lagi roti kat kami oiii"


Beruang: "Habis dah kaaa roti hampa? Nanti mai lagi noh!"


Mata masih x lepas dari peratikan beburung tu
Excited sangat nampak beburung kiri kanan
Budak2 memang happy dok sini
Dapat tengok burung2 makan atas tangan
Tapi bila soh bg makan sendiri x mo
Takut plak bila burung catuk tangan 


Apa lah ada dalam fikiran adik yer masa ni?


Hehe...sebenarnya ayah pon dok geli bila tanagn kene catuk ngan burung


Sudahnya Pakcik Majid jer la yang demo bagi burung makan
Majid ni office mate encik suami


Baby Aisyah tengok ayah bagi burung makan
Burung2 ni pandai kopek kuaci tau
Laju plak tu makannya


Masa burung ngah makan ni la tangan akan rasa sakit sket sebab kene catuk kan


Abis pusing tengok macam2 binatang masa pon dah sampai jam 6.30 petang. Miss Melly kemudian bawa kami ke Simba Hill. Situ tempat si singa putih, Simba namanya. Kat sini gak la kami makan malam. Pemalas amat Si Simba ni. Asik tidoooooo je keje nya. Tu jer la pon gambar yang dapat. Dia baikkkkknye landing. Tapi memula sampai sini Aqil ada bagi tau dia dengar Simba ni mengaum. Kuat katanya. Ishhh...apasal ibu x dengar pula??? Haha...ibu ngah kalut ngan adik kot masa tu.


Table reserved for Adam's clans
Menu untuk dinner hari tu western style
Jus buah atas meja tu sedap sangat2 tau!
Makan malam tu jenis berhidang


Start with appetizer
Salad nya pon sodap
Licin for me


Then dapat pula sup cendawan sama garlic bread


Ini menu for the kids
Spageti itu juga sangat sedap


OK, ini main dish
Lamb & chicken steak
Pon sangat sedappppp
Dasar mak buyung sungguh kan
Tapi encik somi pon mengakui kesedapannya


Ini pula main dish for kids
Yang ini aku dah x larat nak rasa
Budak2 pon dah konyang
X abis pon anak2 aku makan
Salahuddin juga dah surrender
Kalo x dia jer la yang semangat nak makan
Miss Melly tapaukan this for us


Last but not least is the deserts
Yang ni kami layan sampai abis ler kan :p
5 bintang untuk dinner yang awesome ini


Selesai makan malam kami x terus balik hotel. Sambung lagi jalan2 ke nigh zoo pula. Tengok bagai2 jeis binatang yang aktif waktu malam. Binatang2 tu sumer dok dalam kandang memasing la. Ada harimau kumbang, babi liar Australia la, slow lorry la, kucing hutan dll. Banyak gak senarai binatang yang kami tengok tapi x ingat dah nama2nya. Walau pun jalan malam bahang panas tu tetap rasa. Berpeluh2 mak buyung ni tawaf 1 zoo tu. Haishhh, masa ni dah terbayang katil & aircond hotel. Huhu. Malam ni juga kami di bawa tengaok pertunjukkan orang asli Afrika. Tapi performer nye local people from Malaysia juga. Dapatla tengok dorang wat silap mata & pertunjukkan api. Lepas itu baru kami bersurai. Sempat la singgah jap kedai cenderamata beli fridge magnet seketul wat kenangan. Budak2 ni dok menggila nak amik macam2. Sudahnya selepas di tol sorang 1 dapat key chain berlampu. Tamat sudah kembara kami di Bukit Gambang Resort City, Kuantan-Pahang. Over all kami 1 family sangat bertarima kasih pada pihak yang menganjurkan program ini & mengsponsored  kami anak beranak. Benda free ni mmg selalunya best2 ajer kan. X der cacat cela. Cuba kalo guna duit sendiri, ada ajer komplennya. Hehe :p Rezeki kami anak beranak la ni kan. Harapnya di masa akan datang ada lagi acara ini. Kepuasan aku bila berjalan ni ialah dapat tengok kegembiraan anak2 meneroka tempat yang dorang x pernah sampai. Sara banyak kali sebut yang dia suka sangat dapat datang situ. Aqil pula siap minta extend penginapan sebab nak dok situ lagi. Siap tanya kenapa ayah dok situ kejap sangat. Aduhai anak2. Doakan la ibu ayah mu ini terus dimurahkan rezeki untuk kita semua yer. Many thanks to Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang for having all of us here!