Tarikh: 15.9.2014 - 16.9.2014
Lokasi: Umang-Umang Chalet, Melaka
Untuk maklumat lanjut mengenai chalet sila klik di SINI
Jenis bilik: Beach (1 katil queen, LCD tv, meja hias, kipas, attached bathroom)
Boleh Muat: 2 dewasa (tapi kami sumbat je 4 beranak)
Unit di sewa: 4 buah
Harga Bilik: RM100.00/unit
Di pelantar cafe chalet
Sini leh lepak utk makan2
Tapi menu nya terhad
Servis pon x baper nk laju sbb chef nya x ramai
Ni jer sajian yang boleh di oder
Kami berbekalan hari tu
Malamnya diner kat Fort Supai Seafood Restauren
Masih lagi di pelantar cafe
Masa ni dok lepak sini sbb nk tggu check in
Bilik kami booking x siap kemas lagi
Bilik2 kt Umang-umang ni cepat full house
Asalnya nk plan dok bilik yg lebih luas
Tapi sumer dh fully booked
Muka2 budak yg hepi kemain nk terjun laut
Buai laju2, sampai pokok sena
Bila la bilik ni nk siap haaaaaa?
Tadi kt pelantar, now ni ada budak dh x sabar nk explore
Tetiba nampak plak buaian kan
Muka pon ada senyum laaaaaa
Buaian nya 1 jer
Jadi bergilir la 2 beradik ni berayun
Best jer berbuai sambil angin bertiup sepoi2
Mengadap plak laut yg luas mata memandang
Hmmm.....besttttnyerrrrr
Kalo time air pasang, air akan naik sampai buai ni
Ni buaian pertama kt area chalet
Desiran ombak di tepian pantai
Tenanggggg sesangat
Buat ibu mengandung cam kiter :-p
Dah makin mampir di gigi air nampaknya
Gerammm jer 2 beradik ni nampak air laut
Memasing dh x heran nk berbuai dah
Time ni air dh mula surut dah
Haishhh...bilik stil x siap lagi
Atok smart layankan cucu posing2
Muka Aqil yg dh stat moncong sbb x mendapat laut lagi
Sabarrrrrr dik!
Atok & kakak yg memang kaki posing
Hah! Bersidai bawah pokok plak
Kakak dh tangggal tudungnya
Pak Ngah & Pakcu pon dh ke laut tu. Hiks :-p
Kami masih lagi menanti bililk untuk siap!
Rasanya ni dah masuk 2nd day. Pagi hari ke-2 (last day). Budak ni pepagi buta dh bangun main korek2 pasir. Malam semlm memasing tido nyenyak jer. Ibu jer yg x dpt sgt nk tido. mayb sbb bertukar tpt kot. nasib bwk siap2 penghalau nyamuk letrik tu. sbb bilik kami paling hujung & dekat ngan belukar. kalo tak mau berperang ngan nyamuk2. Kat chalet ni leh camping gak. Nk bwk khemas sendiri boleh nk sewa ngan chalet pon boleh. Kalo sewa ngan chalet RM40 kalo x silap. Area pantai chaletni x boleh nk bakor membakor yer. Jadinya no BBQ!!! Kawasan chalet ni adalah kawasan lindungan warisan. Terpelihara dari sebarang kerosakan. Pengunjung siap kene bayar fi utk "warisan" ni. Murah jer fi nya. Toksah risau. Sini kalo nak memancing pon ada tempatnya. Kalo nk buat family day ker seminat ker, kursus ker sumer boleh. Calling2 jer pemilik chalet. Mereka akan bereskan. Nak berbasikal pon ada gak utk dewasa & kanak2.
Wewittttt!!! Time cintan cintun pon x pernah bercanda tepi pantai cenggini. Siap berbuai bagai kan. Ok, time ni kami dh siap selamat check in bilik memasing. Anak memasing ada tukang layan. Mak ayah apa lagi, amik can berdating bwh pokok. Masa ni kandungan dah nk masuk 3 bulan kot. Lebih kurang laaaa.... Sepanjang kat sini, ibunya mmg x la mandi laut kan. Takut plak ngandung2 ni masuk laut. Ayah nya jer yg layan anak2 mandi manda.
OK. Ni guradian budak2 sepanjang di sini. Kikikiiiiii. Maceh pakngah, pakcik Syapik tolong melayan budak2 ni. Kekadang pakcik2 ni yg di kerjakan dek budak bedua tu. Ni lepas bekfes 2nd day. Kakak ngan pijama tido lagi. Amik angin pagi tepi pantai. Syiokkkk!!! Segar jer. Ni buaian ke-4 yg ada kt chalet tu & juga betol2 depan bilik kami.
Ayah bonda yg turut serta dlm percutian kali ini. Bonda dh selalu ikot. Tapi ayahanda yg selalu x merasa. Tapi untuk kali ini gigih membodek dia utk join sama. Bonda & ayahanda 1 bili. FIL & MIL 1 bilik gak. Kami 4 beranak 1 bilik & yg bujang2 bertiga tu sebilik. Tempat ni telah direkemen oleh sepupu saya...Abg Syam. Credit to him sebab intoduce tpt yg eksklusif ni.
Mak buyong fefeling manja2 tepi pantai
Sambil cover2 perot. Haha :-p
Eh..eh..eh...x abis dating lagi ker???
Banyak toi buai kt chalet ni
Syok berendoi sambil tengok laut
Gesel2 kaki kt pasir pantai yg halus mulus tu kan
Tudiaaaaa. Memasing dh hangkot pengorek
Dah siap ngan uniform mandi
Jap g nak melenjan main air laut plak
Ayah la tukang layan
Ibu dok tepi jer main fon & snap2
Ni rupa interior dalam bilik kami
Bangku utnuk berjemur mendapatkan cahaya sang suria
Pantai dah mula ramai ngan pengunjung2 lain
Sesi mandi manda
Yg bujang2 (Pak Cik Syafiq, Pakcu Faris & Pak Ngah Ijam)
Sakan melayan anak-anak buah
Air lautnya x lah jernih pon & x lah plak kotor
Hmmm....shedapnya eskem Aqil tu
Ngah kelaparan lepas mandi
X abis sesi korek mengorek lagi
Hamboiiiii....kemain sungguh
Patotnya kene pakai spek hitam tu syg
Walau ada simbahan cahaya matahari,
tp tetap best sbb ada angin bertiup gak
Rileks, damai & tenang jer
Memasing dapat 1 sorang pengorek tanah
Ibu cari kat D.I.Y jer
Sakan la wat tapak sulaiman lah, istana la, korek lubang lah
Wat bukit lah
Masih setia explore tanah tepi pantai
Awal2 aktiviti baju pon x lencun lagik
Ni 1 lagi interior dalam bilik kami
Ada flat skrin tv size kecik jer
Signal tv x baper baik
Memang x dapat nk layan tv pon
Plug ada 3 jer. X cukop
Elok kalo bwk extension sdri kalo rasa2 nk lebih
MAna nk cas tepon, iPad ngan nk cucuk ppenghalau nyamuk lagi
Ni interior dalam bilik ayah bonda Ku
Beach boy & beach kids!!!
Tempat beradu dalam bilik kamiSimple sangat2Ekceli bilik ni lebih sesuai utk coupleKalo berfamily mcm x bape sesuaiTapi nk wat camana, bilik yg best2 dh x dok kanTapi nak gak try tempat ni kanNext time kiter repeat dok bilik yg atas2 nun plak yerSiap berekon bagai kan
Pemandangan depan bilik kami. Waktu air surut cenggini la rupanya. Kalau air pasang air naik sampai pokok2 tu. Rumusannya semua enjoy dok chalet ni, tapi memasing komplen nk bilik yg ok sket len kali. Ok2. Sok2 kiter try dapatkan bilik2 yg lebih selesa di sini. Mayb U2C kene tambah lagi la bilik2 yg sedia ada. Permintaan asik penuh je kan. Lagi 1 minta pelbagaikan hidangan makanan utk ala carte. Kalo x kene lah kami melilau keluar cari makan. Lain-lain korang p lah intai2 web page U2C tu yer.
No comments:
Post a Comment