Malam tadi aku telah mencabar diri sendiri ngan Bekam Lintah ni. Reason being...resdung yang semakin menjadi2. Lately ni mmg kerap nau sakit kepala. Now ni stat makan ubat resdung, say NO to c-fud, facial & what not. Usaha sudah, selebihnya tawakal sahaja pada sang Pencipta. Kepada sesiapa yg berpenyakit spt di atas cubalah. Jom cekidaout sesi bekam lintah @ Leech Station Downtown Cheras.
Turut serta dalam misi kali ini ialah Suami & anak2 (opkos). Selain itu mengimport Mak & adik pompuanku (Nor Amira). Mak sebenarnya nk p urut pala & bahu kt gerai seblah. Mira lak selaku camera gurl :p En Somi lak dia plan nk p gunting rambut. Tp x menjadi sbb full houz ramai lak yg nk tarah rambut mlm tu.
Eeee.....serem gak memula nk buat ni. Macam2 aku tanya ngan abang tu. Lam pala ni pon mcm2 dh dok pk. Soklan 1st mestila tnya sakit ke idak kan. Tapiii....2X dah mengharung sakit beranak...takat sakit kene geget lintah ni apa ada hal kan. Sakitnya alahaiiii....kejap la sesangat. Rasa ala2 kene geget semut jer. After few seken dh x rasa apa pon. Lintah ni merayap2 bebas ke kat muka? eiiii....geli geleman plak memikirnya. X laaaaa.......lintah tu akan di pegang sampai dia jumpa spot mana nk sedut. Pehtu baru ler dia biar je lintah tu atas muka. Memula dia balut jap ngan tisu-nak kasi senang pegang kot. Kalo x der tisu licin la plak kan.
Seeeeee........4 ekor skali bertepek lintah kat muka. Tisu akan ditanggalkan yer selepas itu. Lintah ni akan mengeluarkan air liur. Air liur tu akan meleleh sepanjang sesi menyedut darah. Dimaklumkan air liur lintah tersebut baik utk merawat kulit spt menegang kulit muka & ilangkan jerawat. Korang sapu2 je la air lintah tu kat seluruh muka while d lintah sedut darah. 2 ekor kat hidung tok cure resdung & 2 ekor kat dahi tu plak utk cure sakit pala + jerawat. Sesi rawatan mengambil masa sehingga lintah jatuh sdri. Kalo sesi aku smlm ada la dlm 45 minit (x kira pon sbnrnya).
Erks...aku x lalu nk nengok pic ni lelama. Masa kejadian tu ada sowang gugurl dok dpn aku wat rawatan juga. Aku terpakse memalingkan muka pandang tpt len. Haishh....x kose aku nk ngadap muka dia. Hehe....bkn per bg mengelakkan perkara2 yg x diingini. Gemoks kan lintah2 tu, kenyang sampai mati. Masa ni muka dh basah2 ngan air lintah tu. Cas rawatan 4 ekor lintah = RM30
Haaaa...tu dia lintah dh jatuh pun. Abang tu kutip masuk kumpul lam 1 bekas kecik. Dia sembur ngan air garam + dettol (aku x sure yer, ni en somi yg katanya dgr abg tu bg tau). Pastuh lintah2 tu akan memuntahkan darah yg disedut. Utk makluman semua lintah2 ni x diulang guna yer. Lintah tu mati selepas memuntahkan darah. Jadi setiap pelanggan guna lintah fresh yer.
Bila tanggal je lintah2 tu darah x benti g kuar. Tu pasal muka bertepek plak ngan kapas basah. Dimaklumkan selepas rawatan darah akan terus kuar utk beberapa ketika. Darah yg keluar juga adalah darah kotor. Abang tu soh tanggalkan kapas tu bile dh sampai umah nnt. Mlm tu aku jln balik umah ngan muka bertepek kapas :p Bila bangun pg td kapas tu berkepuk ngan darah. Dh cuci pon still kuar darah lagi, tp now ni dh ok dah. InsyaAllah 2 minggu lg kiter mai semula ek.
ade x no org yg buat terapi lintah ni
ReplyDeleteSoriiiii sgt2 sbb lambat reply. Ni jer no yg dpt sy ada 012-3502409
DeleteJom kiter follow memfollow :p
DeleteKUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
ReplyDeleteSehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.
“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.
“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.
“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.
Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.
“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya. dah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit.
Sumber:- BERITA HARIAN 8/2/2012
ada x contact person nie? nak please...TQ :)
ReplyDeleteSori sis for late reply. If still insist this the no 012-3502409. If sudi follow kiter sama yer :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam, keadaan kedai kami dahulunya seperti itu. Sekarang ini telah berubah sedikit. Boleh juga hubungi saya, 012-9436910, sekiranya mahu dapatkan rawatan di kedai atau ke tempat anda.
DeleteLayari blog saya untuk maklumat lanjut www.leechpower.blogspot.com.
Puan Fadzilah juga dijemput datang ke kedai kami. Insya Allah akan kami bagi hadiah :)
This comment has been removed by the author.
DeleteSaya tertarik dengan artikel yang ditampilkan dalam blog ini saya tunggu artikel terbaru nya
ReplyDeleteTerimakasih
Sila whatapp 0123193494
ReplyDeleteBerkesan lintah ni sebenar,saya sakit gout pun ada rasa kelainan selepas mencuba
ReplyDelete