Alhamdulillah dah 11 hari dah kiter posa kan. Setakat ni posa sy penuh tidak berkurang lagi. Ngeh3 :p Sana sini dah sibuk org mencari juadah raya a.k.a kuih raya kan. Sedari sebelum puasa lagi org dah start canang2 kan kuih raya. Buat masa ni kiter sendiri belum memborong sebarang jenis kuih raya. Setakat usha2 luar kedai tu ader lah. Tahun ni ingt nk cipta sejarah peribadi. Hehe, apa kata kiter buat ler 1, 2 macam kuih raya yg simple2 tu kan? Sambil2 buat dapat gak tapau2 kan tok mak & MIL. Akhirnya, hari minggu sudah tersiaplah biksut popia nestum kesukaan saya & adik2. Senang upenya nk membuatnya. Bahan2 pon sihat lagi berkhasiat. Kalo beli sebalang kecik tu je org dok jual RM18.00. Kalo buat sediri ngan RM18.00 tu dapat berbalang2 pulak. Yukkk...ke dapor kiter!
Bahan-Bahan:
1. Kulit popia yg besar
2. Sebungkus Nestum *
3. Horlick 3 in 1 (nak pakai sepeket jer) *
4. Susu tepung *
5. Gula *
6. Minyak utk menggoreng
Ni rupa bahan2 yg bertanda (* )yg dah diblender halus
1 cawan nestum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
Kulit popia tu digulungkan
Katana gulungan tu jgnla rapat sgt
Hujung gulungan tu sy sapu ngan air je
Nak bagi kulit popia tu melekat x terbukak
Ada gak yg advice campurkan tepung gandum ngan air sket
Then buat sapu sbg gam
Then guntingla serong2 pastu leh gorang
Make sure kuali & minyak betol2 panas yer
Ini hasil nya selepas digoreng
Tiskan minyak nya yer
Udah tu leh la lumurkan lam adunan kisar tadi
Gaul kasi rata & sebati
Alhamdulillah siap suda
Rangup!!! Lemak berkrim!!! Sodappp
Dpt la mak kiter rasa sebekas
Tahun ni kiter kene kerah wat kuih raya la nmpknya :p
No comments:
Post a Comment