2,3 hari kebelakangan ni family aku X abis2 ditimpa musibah. Lepas satu...satu...kes yg terjadi.
Memula adik ipar aku xcident Khamis minggu lepas (Rayer ke-5). Masa tuh dia konvoi reramai naik motor nk g rayer kt umah kawan kat Pasoh. Jauh gak tuh. Dari Seremban dia g ikut jalan kt Bukit Putus. Dia cuma luka kat kepala & patah tangan jer.
Pastu...hari Sabtu (rayer ke-7) mlm, tengah aku syok dok tgk tv, ada kes curi motor kat umah aku. Tapi yg ni X melibatkan aku ler. motor yg hampir2 dicuri tuh motor jiran. Pencuri X dpt ditangkap, tp motor selamat cuma rantainyer jer yg putus. Masing2 dok risau kalau2 kete kitorg pon nak kene ciluk.
Next, Rabu (rayer ke-11) lepas, umak mak mertua aku kene masuk pencuri. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 1-3 pagi (time sumer tgh membuta). Lokasi kejadian ialah bilik di tingkat bawah (pot aku anak beranak bila balik Seremban). Barang2 yg dicuri ialah jam tgn G-shock adik ipar aku, duit mak aku, duit rayer 2 org adik ipar aku. Anggaran kerugian sekitar RM300++. I/C mak aku pon dia kebas. Nasib baik X der kecederaan. Pencuri dikatakan masuk ikut tingkat bilik. Kitorang bajer, pencuri tu budak2 sebab tingkat bilik tu X lah besar sgt sampai leh lepas seorg dewasa. Budak tu mungkin diarahkan oleh org dewasa yg dok usha dari luar bilik. Sebabnyer mak aku kata..keadaan bilik X berselerak sgt (agak nyerr lerr kan)
Last sekali, mlm Jumaat (rayer ke-12). Kejadian menimpa ke atas ayah aku sendiri bertempat di sekitar LRT Jln Sultan Ismail. Masa kejadian lebih kurang dlm kol 10.30-11.30 mlm. Ayah aku yg keje kat restoran Jepun @ Maju Junction tu sedang dlm perjalanan pulang ke rumah (naik LRT kat stesen Jln Sultan Ismail). Mak aku citer pencuri tu keluarkan senjata tajam & acu kt belakang ayah aku & cekik ayah aku. Dia berjaya mencopet h/p Nokia N90 & duit dlm RM300++.
Sedih & ngeri tol bila dengar benda2 cam nih jadi kat family sendiri. Ya Allah...ko peliharalah keluargaku & insan2 yg aku sayang dari sebarang malapetaka. Jauhkan lah kami semua dari kejahatan manusia2 yg kejam ini. Ini jadi pengajaran gak kt aku supaya lebih berhati2 & sentiasa berwaspada.
Penjawat Awam Saman Bekas Tunang Lebih RM1 juta
13 years ago
No comments:
Post a Comment