Friday, March 8, 2013

5 tahun sudaaa

Hari ni birthday Nur Sara Afiqah...buah hati chenta mati saya. Hihi. Selamat Hari Lahir yg ke 5 kakak. Makin besar dah kakak. Ibu rindu kakak masa baby dolu2. Chumel2 jer. Eee...geramnya. Kalo bole tak kakak stay cute & chumel cam now ni smpi bila2. Yg boleh ibu dukong & peluk cam bantal polok :) Tapiii...mana bole kan. Emm...cepatnya ms berlalu. Tapi yg pasti 5 tahun yg lalu adalah antara saat indah dlm hayat ibu di atas muka bumi ini (ayor mata nk menitik dah ni weii). Syukur Ya allah & terima kasih krn telah memilih hamba Mu ini sbg insan bertuah krn memiliki Nur Sara Afiqah sbg anak. Bila dikenangkan balik, x susah masa mengandungkan dia (mayb Sara tau masa tu ayah jauh dari ibu) & x jugak susah melahirkan dia. Membesarkan dia juga bukan satu kepayahan yg membebankan. Dialah penghibur di kala duka, pengubat sakit & peneman di kala sunyi (x penah sunyi pon).
 
 
 
 
5 tahun ni dia dah semakin petah bercakap, cam owang tua pon ada. Dia kakak yg boleh diharap menjaga adik. Dia anak yang peka & sensitif. Tau ajer bila ibu shopping brg baru. Dia tahu bila masa ibu ok or X ok. Dah pandai mandi, & bersiap sendiri. Dah pandai cebok sendiri. Dah boleh join ibu solat sesama. Dah pandai demand baju & melaram cam ibu gak. Ibu sayang kakak sangat2. Ibu rinduuuuuu kakak sangat2. Semoga Allah panjangkan usia ibu & ayah utk besarkan kakak & adik juga dgn sempurna. Selamat ulang tahun sayang ibu.
 
 

2 comments:

  1. happy bday sara!semoga menjadi anak yang soleha dan berbakti kepada ibu dan ayah. fyi, auntie nad da kenal sara since sara baby lagi dan since dat, auntie nad sayang dgn sara. da besar da sekarang...be a goog gurl baby :)

    ReplyDelete
  2. Tqvm auntie Nadirah. Love u too. Take care tau & keep in touch

    ReplyDelete