Friday, August 2, 2013

Ramadhan ibu bersama Sara

 
Haiiiii....kakak! Wat per tu??? Tajam benor tenung bubur lambuk tu. Lapooorrrr yerrr. Shiannn anak ibu. Haaa....jgn x tau, anak dara sy ni dah mula berposa tau tahun ni. Alhamdulillah. Masa ni minggu pertama posa. Awal2 tu mmg payah gak ler nk kejutkan dia sahur & nk motivate dia bertahan sampai waktu buka. 4 hari pertama posa tu dia cuma larat separuh hari jer. So, kiter bagi jer la dia buka gak. Kol 10 ++ pagi dia dah bising lapar & haus. X sampai hati nak soh dia teruskan. Uwan pon soh jer dia makan. X per kakak, permulaan mmg cenggitu kan. Gambar atas tu dah nak masuk waktu buka. Kegemaran dia bubur lambuk tu. Tu yg dihadapnya bubur sampai camtu skali. 
 
 

Kakak, kakak nengok sini! Hihi...muka cengang dia. Apa ibu bagi tau Sara tuk posa? Hmmm....kiter bagi tau apa yg sepatutnya dia tahu. Citer ngan dia kewajipan berpuasa bg umat Islam. Pehtu citer kan ganjaran pahala & syurga bagi mereka yg berpuasa. Terangkan apa tu syurga. Terang lagi pasal akibat x puasa. Apa respon dia??? Dia terima seolah-olah dia paham dgn sebenar2nya. Mayb kat skolah ustazah dah selalu cerita pasal syurga/neraka. Lagi pulak, kat sekolah dia sepanjang Ramadhan ni x disediakan makan & minum. Cikgu2 nak melatih anak-anak ni berpuasa. Sebab tu ibu pon decide nk ajar Sara posa diusia 5 tahun. Ramai yg cakap x perlu paksa anak2 seawal Sara berposa. Tapi kiter x pernah paksa dia. Selain tu, ada gak kiter bagi tau dia kalo x posa x leh raya. Bila x leh raya x leh pakai baju raya, x dpt duit raya. Time sahur plak kiter kejut dia dgn lemah lembut. Masuk bilik dia dengan bagi salam. Usap lembut pala dia. Pastu panggil dengan nama penuh dia. X jalan gak kiter jentik la sket ibu jari kaki kanan dia (dapat info ni dari Ustaz Kazim Alias). Ahamdulillah, dia x nangis2 or cranky masa bangun. Pastuh, kene dukung dia ke dapur/bilik air basuh muka & tangan bagai sebelum makan.
 
 
Haha....dia tenung plak peha ayam. Tu pon feveret dia gak tu. "Kakak nk peha ayam cam Upin & Ipin ibu". Cuma Sara ni bila dh dekat2 waktu nk buka, dia 5 minit skali akan tanya jam dah pukul baper & bila nk azan? Now ni plak dok sibuk soh ibu buka citer azan (siaran azan Maghrib kat tv). Haduyaiiii la Sara oooiiii....azan tu bukan tiap2 masa ada. Memenag menguji kesabaran la kan bila berjam2 dia boleh tahan tapi lagi 5-10 minit nk buka plak dia soh seh seh seh camtuh.
 
 
 
Orang cakap pendidikan bermula di rumah. Jgn harapkan semuanya dari cikgu & sekolah semata. Lead by example. Alhamdulillah Sara belajar solat dulu baru belajar berpuasa. Dan dia mula kenal apa tu solat dari rumah (rasanya ustazah x ajar solat lagi kat sekolah). Ingat lagi, raya tahun lepas kiter stat belikan dia telekung. Since then ajak dia solat skali. Tahun ni belikan dia telekung baru lagik (sedondon ngan ibu). So, citer plak kat dia napa kene solat. Memula dulu dah citer tapi time tuh dia x skolah lagi & lagi la x paham kan. Now ni dah mula meningkat pemahaman dia. Cuma nk jadikan amali jer. Uztaz cakap x guna beriya ajar anak posa tapi x soh dia solat kan. Alhamdulillah, kiter bagi permulaan yang baik supaya dia ada pengakhiran yg baik juga nanti. InshaAllah! Terawih kiter x soh dia buat lagi. Pelan2 la kan kakak. X kan semua nk buat skali. X nak nnt dia letih sgt terus apa pon x mau. Dia abis Isyak pon dah syukur sgt. 
 
 
 
Cantik tak baju raya kami. Hehe...acah jer, kami x beli pon yg ni. Tapi the kaler is PURPLE laaaa. Konon2 nyer la amik pic ni nk tunjuk kat incik somi nk minta kelulusan beli gaya gini tuk raya nnt. Hurmmmm....tapi malangnya x diluluskan :( Ni baju kt kedai area PKNS Shah Alam yer kawan-kawan. Kalo berkenan p la rembat sebelum terlambat. Sudahnya kami beli baju raya asing2. Baju ayah & anak2 beli kt AEON Mid Valley jer. Baju ibu plak oder online sajor. Janji kalernya purple. Kakak Sara la yg paling hepi sebab dia ngah kemaruk kaler purple. Ingat! Purple tau, bukan UNGGU! Persiapan raya dh 100% siap :p Sumer dah ada. Nak tunggu raya jer... nanti kiter posing2 ek.
 
 
Ni odw nk balik Seremban. Minggu yang cuti Nuzul Quran tu ler. Selangor cuti. Yehuuuu. 1st time dapat cuti sesama nagan laling I. Slalu dia jer yg cuti & kiter kojer. Minggu tu dapatla balik buka posa ngan family memasing. Adik Aqil x posa. Slalu nyakat kakak nk makan macam2. Tapi dari hari ke hari kakaknya x heran pon. Awal2 tu jer la dia merengek2 nk minta makan minum gak bila tgk adik menyuap. Gambar di atas adalah cubaan pertama ibu nk pakai inner magic ngan shawl/halfmoon tu. Ok tak??? Heeeee :)
  
 
 Cayang bucuk ibu ni dah 20 hari posa penuh
Puasa ibu kali ni bertambah meriah & hepi
Love u baby. Hehe... 
 
 

No comments:

Post a Comment